• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

dear haxeera,

Helluu Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ni aku boleh spend sket masa nak cerita pengalaman camping kat Gunung Stong (part 2). Ngade-ngade nak buat by part. Pastu dah 4 bulan baru nak update lagi.Hahaa. Perah otak lerr sis nak flash back moment2 itu.


Yang entry Part 1, aku sempat cerita yang day 1 je. Part 2, sambung hari ke-2 dan ke-3. Takat mana ingat jela. Kah Kah Kah. Basicly Day 2 will be a little bit longer than day 3.


Day 2.
Macam biasa, sebagai muslim sejati kat mana2 pon wajiblah memulakan hari dengan Solat Subuh dulu. Gitu. Maka bercinta la semua sorang nak pegi amek wudhuk kat sungai. Sejuk bak ang. Tido malam tadi pon meng-udang semua. Nasib baikla berkorban bawak selimut walaupon makan space banyak dalam beg. Lepas subuh kami masak breakfast dan get ready untuk shoot gambar sunrise. Masak breakfast aku tak join. Makan pon tak jugak. Tubuh badan sis start dah buat hal. Adoi. Perut aku dah masuk angin dari hari pertama lagi. 2nd day makin menjadi-jadi pulak. Sakit perut, sakit kepala. Pastu rasa macam nak cirit pulak. Eh padia dalam hutan ni nak cirit. Haha bongokla. Aku ni dah la memilih tandas. Sanggup tahan. Hmm tahanla. Tapi muka memang tak boleh blah la. Pale duck face! Tengok gambar aku rasa cam sedih naw.


Around pukul 7.30 pagi camtu dah boleh view dah scenery sunrise yang magnificent. Udara yang segar dan tenang. Release stress. Subhanallah! I did enjoy the scenery. But in pain! LOL

walaupon hitam. Nak buh jugak!

Aku join sunrise tu kejap je. Pastu masuk guling2 dalam khemah semula. Bergulung tahan sakit. Guide aku caring semua. Semua dtg Tanya okay ke tak. Dah sapu ubat ke? Tapi nak menjawab pon tak larat. Pastu cirit pulak. Memang tak boleh tahanla. Tepaksala aku bertandang ke tandas. Luckily masa aku nak pegi tandas tu dah ade orang bersihkan sket dan paip dah okay. Malam semalam air pon malu2 nak keluar. Alhamdulillah. Lepas tu dah rasa okay sket. Tapi balik berguling lagi. Yang lain masa tu duk lepak2 ngan Pak Chu dan guide2 lain.

Kul 10.30 pagi, Kak Na bawak kteorang pegi redah hutan jap. Pegi air terjun yang atas2 lagi. Ade 4 tempat. Dalam banyak2 tempat pegi tu, satu tempat je aku ingat. Haha. Telaga tujuh. Tempat tu banyak batu2 besar yang flat. Pastu ade 7 lubang. Kedalaman aku tak pasti plak. Tapi kalau aku masuk tenggelam la. Yang bestnya situ takde orang lansung masa aku pegi. Kebanyakan yang camping malam tadi dah teruskan perjalanan naik ke puncak Gunung Stong. Kami kanak-kanak Ribena main bawah2 je.kih3. Malas aku nak naik atas. Tak daya ler. Aku satisfied enough dengan pemandangan pada ketinggian 330 m tu. Cukup dah. Lebih2 buat ape. Macam tu jugak lebih kurang. Dah malas tu malas jugak :P




Aku lepak kat Telaga 7 tu lama jugak kot. Sebab tunggu satu lagi group Hafiz yang katanya nak naik sama tapi tak naik-naik jugak. Dekat kul 11 ada satu group baru turun dari puncak. Tak silap aku budak KPTM. Ramai jugak group dorang. Roughly like 50 person kot. Kat Gunung stong ni, maksimum 1 guide = 15 orang peserta. So kalau 50 orang ada 3-4 guide. Macam tu. Jadi bila dah ramai ni, kiteorang nak gerak gi port seterusnya lah. Sebelom sempat gerak, ade sorang peserta pompuan jatuh tergelincir. Licin. Depan aku betul2. Aku siap dengan bunyi cam patah ke, urat tergeliat ke, terhantuk kepala ke aku tak pasti. Tapi kuat jugakla. Aku sempat tengok je. Mana sempat nak gi sambut. Sempat terkejut  je. Sebab dia datang ke arah aku (menuju ke kawan dia) tu , jalan macam biasa je. Tak Nampak gaya macam bakal jatuh pon. Tapi kawasan berbatu ni memang kena alert yang sangat2 la. Budak meraung kot sakit. Kesian plak tengok. Jalan memang tak boleh. Siap pengsan sekejap. Ade la guide tu urut2 sket. Bila dia dah tersedar tu, guide tu bincang macam mana nak bawak dia turun ke camp site. But the struggle was real. Sakit kot. Pastu, nak naik ke telaga 7 tadi bukan senang sangat. Curam jugak. Banyak memanjat. But then all those guide berpengalaman, pandai la bawak turun. Aku ngan geng perati dari jauh je. Pasal geng dorang duk kerumun dah ramai2.

Bila dah agak okay sket, kak Na ajak memanjat ke atas lagi. MEncabar teruk nak naik. Dahla pakai selipar jepun je. Gayanya aku ni memang anak hutan, small matter haha. Padahal masuk hutan setahun sekali pon tak dapat la. Dah Kak Na kata takpe, pakai selipar jepun je. Jadi kami semua pon batai ler. Jumpe group lain kat tengah jalan dorang macam kagum melihat kami berselipar jepun “wow nek pakai selipar jepun je?”, walaupon gaya memanjat lembik je semua orang. Haha. Hebat tak weolls.

Almost 90 degree hiking.
Panjat lagi. Kena guna tali.
Sampai kat port last, takde ape sangat. Air terjun jugak. Pastu semua macam penat, malas dah nak main air. Pastu dalam kul 12.30 tghhr, cuaca cam nak hujan so kami bergerak turun sepantas kilat pasai takut ade kepala air bila hujan lebat. Masa dalam perjalanan turun tu hujan lebat jugak. Redah jela. Kena cepat. Sebab takut bila ada kepala air, biasanya 3-4 jam jugak baru habis. Dan kami tak boleh nak cross ke campsite.
Sampai campsite, bersalin kejap pastu lapar teruk. Dorang masak megi telur tapi selera lansung. Perut aku masih buat hal. Tapi dapat main air, lupa kejap aku ni sakit.huhu. Pastu megi aku Pak Chu yang habiskan. Aku? Makan roti sket buat alas perut. Selebihnya,  angin jele.

Pastu, Pak Chu ade cakap yang dia kena turun bawah petang karang sebab nak kena bawak budak yg jatuh. Malam kang dia naik. Dia Tanya nak kirim pape tak. Aku teruss.. nak ayam boleh tak. Hahhaa. Demand kau atas bukit nak macam2. Haha. Dia berpikir kejap, pastu cakap tak pasti sampai kul berapa. Kang berlapar pulak. Tapi dia cakap dia ada ayam, nanti kak Na masakkan. Ngeh3.

Hafiz pon turun petang tu jugak sebab ade trip ke tempat lain pulak. So weolls tinggal ngan Kak Na dan Abe Baha je. Then petang tu hujan je sampai ke Pukul 5. Kami berguling dan bergelak ketawa jela dalam khemah. Lepas hujan benti baru group KPTM dengan budak yg sakit tu dengan Pak Chu turun bawah. Sebelum turun sempat tinggal pesan kat aku jangan pandang laki lain. Hahaha. He kinda make my day. Dalam trip macam ni selalunya guide yang gila sket. kena la main peranan. Kalau tak sendu bosann je.

Lepas solat magrib, Kak Na jenguk khemah kteorang. Pastu hulur nasi kerabu. OMG. Aaa Alhamdulillah. Barula rasa berselera sikit. Haha. Special teruk. Lepas menikmati nasi kerabu sedaap giler by Kak Na. Kiteorang takde aktiviti ape dah malam tu. Borak2 saja. Pak Chu, Hafiz takde. Boring la sket. Orang lain pon ramai dah blik dah. 2 hari je. Kteorang ni je lajak sampai ke 3 hari. Nak jadi orang kampong situ ke stay lama2.

Nasi Kerabu!
Around kul 9.30 malam Pak Chu dah sampai kt Kem Baha semula. Terus jenguk kteorang Tanya dah makan ke tak. Kteorang kat situ sampai ada orang Tanya, ‘anak sedara kak Na ke?’. Pasal semua perempuan pastu saiz S belaka. Pastu rapat pulak ngan guide2 situ. Biasala memang orang kampong situ. Hahah.

Malam tu kul 10.30 malam dah get redy tido. Kat luar aku dengar Pak Chu duk bebel kat Kak Na. Budok2 ni awal tido. Hahaa. Memang... memang kami ni masuk hutan ni nak tido je.luls

Day 3
Rutin sama jugak. Bangun subuh. Prepare breakfast. Roti je. Tapi kak Na ade masakkan bihun goreng. Hehe. Cuma hari ni tak tunggu sunrise la. Sebab cuaca tak okay sangat. Masih hujan. Renyai2. So tak cantik sngat kot. Matahari pon nampak malu2 je. Around pukul 8 lebih, cuaca dah okay sikit. Kami breakfast dekat awan karpet tu. Hari tu dah kurang orang. So kami enjoy the space la. Amek gambar banyak2 sebelum turun. Lepas tu gi tengok orang gelungsur kat air terjun jap. Feeling sangat duk atas bukit, dengan bunyi air terjun. Udara segar. Peh I miss that moment. Serius tak tipu. Rasa macam nak gi lagi. Tapi nak guide yang sama. Haha

Last gambar dalam khemah sebelum khemah ni di bungkus huhu
Sebelum berangkut turun
Kul 11, kami bersiap2 nak turun, kemas2 barang semua. Pak Chu buat muka sedih sebab kiteorang nak turun. Amek gambar pon tak nak. Ohh mengada-ngadanya. Hhahaha. Kul 12 bergerak turun. Kul 1 ptg sampai kaki bukit.


Sampai kaki bukit, ayah Yana datang amek kteorang. Aku stay kat umah Yana dulu sehari. Rumah Yana kat kaki bukit tu je. Tak sampai 10 minit perjalanan naik kereta. Tengah jalan tu sempat snap gambar ramai2. Amek gambar Gunung Stong, kat atas tu boleh nampak kat mana tempat kami camping. Stay kat umah Yana is another memory created. Ayah dia baik giler beb. Abeh segala buah dia kait bagi aku ngan Wani makan. Share pengalaman keje dia dulu. Cerita sejarah Gunung Stong. Sampai aku ngan Wani siap nak nangis masa nak bertolak balik KL. Haha. Drama sis.


Alhamdulillah. Penat aku perah otak nak ingat balik scene 4 bulan lepas. Selesai la trip hiking/camping ala kadar kteorang ni. Aku tak expect pon benda ni akan jadi best. Memula aku just follow the flow je. Takdela aku rajin sangat nak hiking. Niat aku cuma nak chill2 je Which is kalau dengar hiking mana ada nak chill untuk orang yg tak penah hiking ni. But turn out, this trip has created a great memory for me. Enjoy the nature. Gittew.. If I have a chance, aku nak datang sini lagi. Insyaallah.

p/s: maafkan quality gambar yang agak kureng. Pasai transfer tru whatsapp. Next time kalau nak transfer better guna telegram. Better quality.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum.


I just wanna wish everyone for a bless  new year 2019. Wish you all the happiness and satisfaction through out the whole year. 2019 will be very fast. Plan accordingly if you want your 2019 to be the 'best-est' year over all the years that you have gone through.

p/s: kemain cakap pasal plan. Tahun ni ade 2 3 planner tak terisi lagiii




Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hai. Assalamualaikum.

Hmm apparently, I am in the middle of doing my work. And every 5 minutes, my Microsoft word will suddenly not responding. Aku as usual, being in this situation, it feels like vomiting and my gut feeling says that, ‘throw that stupid laptop please and enjoy your life peacefully’.  I hate working with slowwww gadget. However, I have no one to blame. I just don’t know how to service my laptop on the do’s and donts. Jadi aku cuma mengamuk sendirian. Ni cerita hari ni. Semalam aku tidur kul 2. Pon ada jugak kejadian not responding ni. Tapi takpela, skali dua je. Masih dalam ruang lingkup kesabaran aku. My work I can say almost 70 % done that night. Right before I shut off my laptop, my word files that I’m working on re-appear asking me if I want to save that file. Malas nak fikir, I straightaway save that file. But then I feel like I want to re-check that file.. Thennn..tattaraaa!!! File yang aku baru save tu dah overread file yang aku dah buat keje semalaman tu.  Actually file yang aku baru save tu yang keje aku buat sebelum pukul 10. Faham ke tak ni cerita aku ni? hahaa. Sudaahnya malam tu tido dengan air mata. Sikit la pasal aku dah ngantuk, drama air mata tu singkat sahaja.kihkih. Hmm drama sungguh.

Intro ke ape ni? Hahaa. Kena la start cerita ape yang sedang berlaku sebelum habis emo. Gitu. Well skang aku dah masuk siri-siri nak menopous aku rasa. I’m just turning 30 for only 9 days. To be exact, I’m now 30 years old and 9 days. For 9 days being 3-series woman, I just want to conclude now that being 30 is not easy. It has been a tough 9 days for me.  But mostly, I have issue with emotions.  I’m not sure because on 1st Dec I was like a week away  from my menstrual cycle.  What I can say that it is full of drama. One after another.  So much drama I tell you!

Malas nak pikirlah. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii..i just need to pass through this phase. I just not feeling good with everyone, everything seems wrong. Huhuhu. Maybe for a while. Maybe after a week I’ll be okay. Hopefully soon I can restructure my life, my emotional state.  Or maybe I just need to balik kampung. It will be a total of 3 month tak balik kampung jumpa ma abah. Ahh emosi lagii. Huhu

With that I end my blog. Sebenarnya banyak nak tulis tapi dah lupa. Haha gitula tulis blog takde skrip ke pointform ke, sembur je. Terapi katenya. hahaha. Okaylah wassalam. Buleh dah sambung keje sikit. Rasa lega dah.

p/s: tulis blog takde plak laptop ni nak jem ke ape. Tapahaam sis. Dengki!
p/s 2: nampak tak title tu PMS 1, makanya akan ada 2, 3, 4.. ;P

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Assalamualaikum.

Perjalanan bermula 7th Sept – 10 Sept. 2018. Aku gerak pegi Temerloh naik bas kul 4 petang. First time travel pegi Temerloh dan sorang-sorang. Kenapa pegi Temerloh? Sebab aku nanti teman Wani gerak ke Gua Musang. Yana dengan family gerak dari Bangi. Nak naik ngan Yana pon tak muat. Dah penuh satu kete. Wani ni aku tak jumpa dah dekat 2 tahun. Haha. Kemain duk sekampung tapi dah 2 tahun tak jumpa. Sampai Temerloh tak berenti la pot pet pot pet ngan mek ni. Yg pasti pot pet aku lebih laju.Hahaha. Malam keluar makan dan beli barang2 camping yg tak cukup lagi. Balik rumah sambung packing. Timbang. Part timbang ni memang tak boleh blah. Dua2 kedekut space, tak nak bagi berat bag. Lebih sket transfer bagi sama berat. LOL. 7 kg weh, nak mendaki bukit lagiii. Haruslah berkira. Hahaa

8th Sept. 2018

Bertolak dr Temerloh kul 7.45 pagi, lepas breakfast. Kul 11.45 pagi sampai R&R Gua Musang. Aku janji ngan Yana nak jumpa kat situ. Beli makanan siap-siap untuk lunch. Ikotkan janji ngan guide kul 12 tghhr. Tapi nak buat macam mana, kul 12 baru sampai R&R Gua Musang. Pastu guide tu bagitahu, nanti wife dia tunggu kat kaki gunung pukul 2 ptg. Elok jugak boleh solat jamak siap2 kat umah Yana. Yana ni rumah dia memang dekat kaki gunung stong tu. Lunch terus situ. Kul 2 ptg, kami register nama kat kaunter. Kaunter tak rupa kaunter mana pon. Haha. Sekali ngan kedai runcit.


Kat bawah, sebelum naik. Tempat ni dulu resort kepunyaan Kelantan royal. Tapi skang dah terbiar. Ni kira pejabat resort tu la.


Muka sebelum start hiking. Elok2 lagi semua.Hahaha
Jambatan gantung
Lebih kurang kul 2.30 ptg kami gerak naik gunung. Berat beg hampir mencecah 8 kg. Sebab tambah beras, sardine yg Yana beli untuk masak nanti. Jenuh nak mendaki. Start mendaki tu kena cross jambatan gantung ni dulu. Sikit je. Aku memula dengar guide aku (kak Na) kata ada jambatan gantung, cuak. Hahha. Sis tak berapa la dengan ketinggian ni. Gayat! Aktiviti nak challenging, tapi nnakut hapah! Hampeh. Hahaa

Ahli rombongan hiking ni ada 6 orang. Aku, Wani, Yana, Suraya, Nor, Kak Da. Selain aku ngan Wani, yang lain tu semua adik beradik. Yang muka sama 4 orang tuu. Dan harap maklum, ahli kumpulan semua underweight, kecuali aku. Aku normal. Hahaa. Pastu ada Kak Na, Pak Chu ngan Hafiz. Guide aku secara rasminya ialah Kak Na. Tapi ramai peneman plak. Haha. Pak Chu tu memang kelakar. Kejap-kejap aku gelak. Kurang sikit penat mendaki. Aku tak pasti pulak yang mana ahli group yg Pak Chu bawak. Dah kat atas kot. Tak silap aku dia handle group Chinese. Chinese ni slalunya tak payah guide pon. Mostly dorang dah biasa. Tapi kat Gunung Stong ni memang kena pakai guide. Syarat dia kot. Atas factor keselamatan mungkin. Pak Chu ni turun naik gunung tu small matter je. Sehari boleh berapa round turun naik. Hafiz, kawan kepada guide2 situ. Dia dtg dr KL jugak tp asal Kelantan. Saja je nak naik gunung katanya. Secara tak rasmi, deme bertiga tu guide kami. Menjaga kami dengan penuh kasih sayang. Hahaha. Bila aku cakap penh kasih sayang memang aku maksudkannya. Haha

Tak sampai 15 min jalan, dah start drama. Hahaa. Nor awal2 dah muntah. Okay ni ade tips sket. Jangan makan sebelum hiking. At least sejam sebelum tu jangan makan dah. Kami kul 1.30 ptg baru makan. Hihi. Possible la untuk muntah. Selalu kalau exercise kan keluar angin. Keluar angin, silap2 keluar isi perut skali. Nasib la sorang je yang muntah. Naya guide kalau semua buat drama. Hahaa. Pastu Hafiz tlg bawakkan khemah ngan beg Nor. Tak pasal2 kena mengasuh pulak. Patotnya tangan kena free la kalau nak mendaki. Aku tak tahu pulak khemah tu panjang gitu. Ingat nak attach atau sumbat dlm bag je. Kami bawak 2 khemah. 2 Kg berat dia setiap satu. Cukuplah beban aku 10 Kg. Hampir 1/5 berat aku. Adoi. Tapi aku ngan wani gilir2 bawak la. Separuh jalan aku bawak, separuh jalan lagi wani bawak, separuh kak Na bawak. Dia kate banyak cekadak budak2 ni, mana nak mendaki, mana nak bawak khemah. Hahhaa. Pastu, dah start hujan masa tu. Kami benti kejap. Berteduh.

Trek ni licin sket. Eh silap, licin banyak. Sebab hujan, memang tak syok rasa nak kena pacak kaki betul-betul. Kalau tak hujan lagi best la. Pastu kasut aku pun..ya ampunn. Kasut jogging. Hahhaa. Yana siap cakap dia nak pakai sneakers je. Maka aku pon amek mudah. Kasut jogging je. Hahaa. Sepenuh tenaga la nak tahan kaki dengan badan dengan beban 10 kg. ohohoii

Hahha. Konon posing :P

Berenti berteduh. Hujan lebat. Dan tunggu yg lain sampai skali. Dorang lambat sket sbb Nor muntah di awal perjalanan. Baju kuning tu Kak Na, yang bersaandar terbaring tu Pak Chu.

Muka ade mengah sket. Haha
Nak naik gunung stong ni ada 2 jalan utama. Yang aku tahu la. Satu ikot air terjun, satu ikot jalan yang aku lalu ni. Ikotkan nak view cantik elok lalu ikot jalan air terjun, tapi apakan daya. Musim hujan sis. Jalan licin, bahaya.

Kami sampai ke Kem Baha pukul 4.30 ptg. Roughly  about 2 hours. Kalau tak hujan, jalan tak berlecak boleh sampai awal lagi. Biasala semua dah lama tak hiking @ tak pernah hiking. Tapi alhamdulillah, aku rasa ada hikmah aku banyak terpaksa jalan sejak start kerja kat lab baru ni. Like 4 km aku kena jalan hari2. Membebel kemain, stress kemain sebab kena jalan jauh. Rasa macam nak beli kereta hari tu jugak. Hahha. Nak tunggu bas pon, tempat aku tunggu tu dah last stop. Baik aku jalan terus sampai LRT. Dan hikmahnya badan aku rasanya lebih fit, berdasarkan corak pendakian dan pernafasan aku. Hahhaha. Masa hiking hari tu takdela rasa flat sangat. Ikotkan aku ni hiking bukit2 dalam UM ni pon dah tak berdaya. LOL! Maksudnya ade pekdah la jugak aku berjalan hari-hari. Nice one.hiihi


Dah sampaii!! Gambar tak clear pon nak buh jugak, pasal ni je yg ada masa saampai tu.

Tapak perkhemahan. Yang ade atap biru tu (hmm atap sangat hihi), tu pondok PakChu, tempat lepak dan masak2.

Kat atas tu ada kedai runcit. Tapi harga almost double la. 
Yang macam pondok tu pondok kak Na ngan Abe Bahar, ade 2 bahagian, satu tempat dorang tido, lagi satu stor a.k.a tempat kami salin baju. Khemah kami depan pondok kak Na

Kami takdela nak naik sampai puncak Gunung Stong. Sampai Kem Baha ni dah cukup baik dah. Kat kem baha ni semua org akan pasang khemah sini. View sunrise kat sini cantik. Ramai yang datang pada tarikh yang sama ngan kami. Sampai takde tapak khemah. Yang bawak anak kecik pon ada.

Sampai-sampai sana, terus pasang khemah, risau kejap lagi hujan lebat pulak. Elok siap pasang, hujan lebat. Nasib baik dah siap pasang khemah. Yang tak nasib baiknya, khemah aku sejat air. Basah. Pastu Abe Bahar (husband Kak Na), pasang plastic lain atas khemah dan bawah khemah jugak. Tapi basah jugak sebab air bertakung atas plastic yang lapik kat bawah khemah tu. Then kami tak letak plastik bawh khemah. Pak Chu bagi tikar plastik dia, untuk lapik dalam khemah aku. Ha lepas tu baru okay. Baru boleh bersenang2 dalam khemah. Hehee. Guide2 ni sangat membantu. Memula dia suh aku tido dalam stor dia.haha. Kurang asem. But then, stor dia not too bad pon kalau terpaksa. Tapi tak la kot nak duk situ.Kihkihkih. Alhamdulillah khemah okay, bilik stor jadi tempat kami bersalin baju. Hihi.

Dalam khemah Yana, khemah aku tak ready lagi masa ni. 

Tent-mate!
Dalam kul 6.00 ptg kami pegi mandi-mandi kejap. Magrib baru masuk khemah. Lepas solat kami prepare dinner. Guide2 tanya buat dinner ape? Haha. Sardin ngan telur je. Orang lain siap buat kari kambing. Kami bagitau dorang la apa yg bawak untuk 3 hari. Dengan yakinnya dorang cakap tak cukup tu. Tapi kteorg yakin je berdasarkan saiz badan masing2.Hahaa. Tapi serius la, malam tu aku tak selera lansung, pluss ngantuk. Tak dan pape dah ngantuk. Tak selera makan. Keadaan sebenarnya perut aku dah masuk angin. Hence takdak selera. Last makan kul 1.30 ptg, time tu dah pukul 9 mlm. Aku pandang je kelip2 makanan tu. Pastu hafiz bawak nasi arab yang dorang geng2 guide masak. Aku makan la sikit, walaupon sedap  tapi tak boleh nak suap banyak. Nasi arab kat atas bukit, kat umah biasa pon payah nak dapat.Hahaa. Sardin tu aku tak sentuh pon. Malam tu just lepak2 kat pondok Pak Chu ngan geng hiking includes Hafiz. Berkenal, bercerita2 and all stuff la. Sambil tu kenal la jugak dengan guide-guide yg lain. Ramai duk datang menyinggah. Lebih kurang kul 10 mlm, kami masuk khemah dah. 

Haih penat dah rase bercerita. I'm having so much fun there. Tulis cerita pon boleh mengembalikan mood yg baik. Kih2. Aku tengah moody teruk skang ni. Haih. Day 2 kemudian-kemudian la aku sambung macam panjang sangat pulak. Day 2 pon banyak cerita dia.

Okay sampai sini. Till next time. Bye! Have a nice daay everone. Jangan moody2.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Assalamualaikum. Hai. Sis buat ape tu?? Makan lagi kerr hihi

So, hari ni aku macam bosan dan malas dan nak buat sesuatu yang relaxing gitu. Here you go. Bacalah blog aku kalua rasa nak buat sesuatu yg luar kebiasaan. Mata ke atas.LOL

Hiking and camping ni macam aktiviti yang luar kebiasaan aku. Macam mana boleh terjebak dan tersampai ke situ sebab aku memang dah takde aktiviti yang lebih menarik untuk buat. Kau tau bulan September tu ada terlalu banyak cuti yang sampaikan aku boleh cakap, ‘ala cuti lagi ke?’. Cenggitu cuti banyak.haha. 

Dalam perkembangan berkaitan, parents aku Alhamdulillah akhirnya mendapat panggilan Haji [12 Ogos – 24 September 2018]. Jadi, aku nak balik kampung pon takde sapa nak peduli aku. Raya Haji pon kat KL ngan family kakak aku. Tapi nak duk KL masa cuti tanpa apa-apa aktiviti is such a waste la sis! Haha. Plus, memang aku dah lama hidup tanpa aktiviti yg menarik. Semuanya menolak sahaja. Kih kih kih. Boooringg!

So, I need to color my life a bit by doing something unusual, something different from my normal routine.  But to make it more dramatic, I aint got so much money. Please note that I plan this for any extrapolated weekend..hihi. Kita ada cuti Raya Haji, cuti Hari Merdeka, Awal Muharraam + Keputeraan Agong dan Hari Malaysia. Perancangan awal nak pegi day trip je ke Pantai bukit Kluang nearby Besut kot. Yang ni aku plan untuk pegi ngan kawan sekolah aku, Adilah dan Wani. Cost me RM40 je. Akan tetapi yang ni jalan jikaa dan hanya jika aku balik Raya Haji kat Kelantan. Tapi akhirnya aku decide raya kat KL ye. Lagipon adik perempuan aku yg berdua tu datang KL masa raya ke-2. So that one cancel la. Cuti hari Merdeka, takde plan. Ke buat ape ye? Aku lupa. Rasanya aku setelkan kerja kot pasal the coming weekdays ada meeting. I guess. Oh ya, it was for progress report meeting kat MESTECC (nama baru bagi MOSTI).

Lepas aku cancel plan yang one day trip ke pantai tu. I still actively planning for another event. Tak putus asa sis! Haha. Aku plan nak gi Pulau. Adilah tak available untuk ke Pulau. This time the plan is involving me, Yana (my UKM mate-from Bangi) and Wani (my school mate - from Temerloh)I search for Pulau Perhentian. But mostly full. Pulau Redang/ Pulau Tioman is kinda exceed my budget. Then I look for Pulau in Mersing site, they have one day trip which is quite affordable. But then the available date only on 8th September which means we have to be there at early morning on 8th Sept. Its kinda rushing for us. Since all of us are from different places. We need to like gather and everything that will happen in a rush. Cuti 4 hari kot. Kenapa nak berkejar kejaran? Gitu.

In a meantime, comes another plan for a trip to Hatyai. Ko nampak tak, makin jauh nampaknya perjalanan kita. Hahhaaa. Thinking about this, hmmmm rasa macam Hatyai tu kalau public holiday macam ni hmmmmm aku boleh jadi lebih stress dari hari-hari biasa. Kawan aku pegi weekend pon beratur sampai 4 jam untuk cross boarder (ataupon untuk cop boarding pass? I’m not so sure ke sama je maksudnya haha). Tapi untuk menunggu 4 jam tu..sis surrender. Plus Yana nak bawak adik beradik dia lagi 3 orang and dorang semua takde ready passport. Setelah difikirkan kami rasa plan ni bagus tapi bukan dalam masa terdekat. We will but we need a proper plan for that.

Then finally, Yana come out with an idea to go for a camping nearby waterfall. But then it will need a little bit of hiking. Mula-mula aku macam alahh malasnya nak hiking + camping. Macam lecehnya, penatnya. Kan kita nak santai-santai. Lagi plak aku rasa badan aku tak cukup fit untuk tiba-tiba pegi hiking. Fuh. Tapi ni je pilihan aku ada skang. Pakej pulau pon macam leceh je. Just for a day trip, kami kena travel ke Mersing about 5 hours. Tol + minyak. Hmm tak cost effective.  Hatyai lagiii la.hahaha.

Lepas buat keputusan ngan Yana nak pegi hiking. Aku bagitau Wani pasal 2 pilihan yang kita ada, walaupon pakej ke Pulau Mersing tu bukan pilihan dah. Haha. Bagusnya wani ni, dia ikot je nak ke mana2. Hahaa. Senang keje sis! Then we all decide to go to Gunung Stong. All 6 of us. Me, Wani, Yana (+ her 3 siblings). Aku bagi hint sket pada yang tak tahu apa2 pasal air terjun Jelawang ni. Tempat dia dekat sempadan Gua Musang/ Kuala Krai. Lebih tepat, Dabong (Kuala Krai). Perjalanan dr KL lebih kurang 4 jam.

Gitu complicatednya nak plan bercuti. Tapi baca balik cerita ni macam takdela complicated sangat. but I did feel that this is complicated.At least in my mind. Hahaa. Sebenarnya mula-mula penulisan ni aku nak cerita pasal Jelawang jungle terus. Tapi kan, intro ni macam panjang je. Therefore I decide this intro as one blogpost. LOL! Next time pulak la cerita pasal camping. Sangat fun okaay trip camping aku. Cuma tak pasti la penulisan aku nanti bunyi macam fun ke tak. hihii

Awan karpet! View dr ketinggian 330 m, Gunung Stong

Till next post. Have a great weekend everyone!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum..

Hi. Now I’m on the mood to update about my skin condition. Yes, this is a very important update. Hahaa. So important that I need to write it down here to make sure I remember my skincare journey on the do’s and don’ts. It is already proven that my memory slowly fades away in just a month time. So, there is urgent need to update. Lol.

So here is the story. Quite recently (middle of January 2018), my skin even gets worse than before (which was already damaged).  Suddenly, my skin turned itchy, red, flaky, peeled hmm ahh you name it all. Even under eyes got badly swollen. I applied essence on my face to cool down the damage. But hell no. It introduces more redness. And Alhamdulillah luckily, I am at hometown. You know.. healthcare (dermatologist) in Kelantan quite cheap compared to KL. It cost me only RM50 for 3 types of medicine (antibiotics, sinus and antihistamine), 1 ointment (Betamethasone) and 1 cleanser. Alhamdulillah, my skin gets better just before I get back to KL. It leaves only scars. I am satisfied enough with result. But I did not get any skin consultation from the Doctor. I don’t know what caused the damage, whether from the food intakes or products applied. It was less than 5 minutes appointment.

Then, after I back to KL. I started my normal routine again. And suddenly again, my skin slowly become itchy and blotchy. It was at the same spot. I tried to take the similar medicine from the previous clinic (the antibiotic and antihistamine). Well, Alhamdulillah it helps. But hell, if this continuously happened, I’ll be too dependent on the steroid that might cause another illness for prolonging used.

For precautions, I started to choose the type of food I take. I avoid seafood, belacan and any dried food such as anchovies, dried shrimps. Changed the bedsheet at least (paling malas la) in 2 weeks’ time. If possible once in a week. This helps to keep my skin healthier (no redness, no rashes, no itchiness).

But then (again), after having such some challenging activities (lol) at the beach (as updated in the previous post in early February), bitch seriously bitch it get even a serious damage. Hahaha. Sigh. Even with the medicine intake, it does not work anymore. This time I only consume antihistamine, no more antibiotic. Because from my few readings online, I note that I should not consume the similar antibiotic in a short period of time. It won’t work, because the bacteria were said to be immune to the antibiotics. You can google for more info.

Then, I get back to Pasir Mas again. Sisthur memang balik sebulan skali.hihi. My parents decided to bring me to a more experienced Doctor (Klinik Foo) located in Kota Bharu nearly taxi station. I don’t know how to describe the exact location. hihi. Alhamdulillah, I am satisfied with this clinic service. Well it is wayyyy expensive. He carefully examines my skin conditions and explained what was the possible causes of my skin problem. It is called ‘contact dermatitis’. Usually, contact dermatitis was caused by the allergies to the ingredient in skincare products. Which might be alcohols, fragrance or even preservatives. I was provided with 2 types of medicine (to be consumed for 3-4 days) and skin cleanser. Plus, I need to avoid sun lights at all cost. Dia suh kawin ngan orang kaya, duk dalam umah, keluar malam je. Kuang asam jugak Dr ni. Haha. It was not the problem at that moment since I’m at hometown. Balik kampung = balik rumah. I usually spend most of my holidays in house. After 4 days, my skin getting better but still reddish, just that no more swollen eyes, no more bumps on my face. It seems to cool down. After 2nd appointment with Dr. Foo, he advised to continue consume the medication for another 3 days plus ointment. The ointment was only applied on dried skin. Meaning that, when the redness diminished, it leaves my skin dried. This ointment help to give moisture to my skin (I guess..). Also, he advice to avoid belacan, egg, any condiment foods, canned food, instant noodle, processed food. Eh macam semua takleh makan sis! And still cannot exposed to sun light (and cannot wear sunblock too). Padia doctor ni semua tak bolehh.

Now I understand that, what causes the skin damage was mainly due to the types of skincare that I used. Firstly, I need to avoid any skin products that contains alcohol, fragrance (wajib). For preservatives, there are certain that my skin can tolerate. To be exact, preservatives might not be the main causes. Secondly, I need to avoid sunlight as much as I could particularly around (11 am – 6 pm). I think, my skin can still tolerate the sunlight before 11 am. Wear only non-codomogenic cosmetic. Thirdly, I need to carefully choose what to eat. Well, this contribute to the reason why I lose another kilo. Mostly Malaysia’s foods (at restaurants) contains belacan. Whenever I went to a restaurant, I was like scanning through the ingredient. As if I am very good in cooking, by just looking at the food, I can list down all the ingredient. hihi. It is hard to eat nowadays.

The bottom line is, if I carefully look through these 3 things, I can be instafamous liddat. Hahahha. It is said that ‘beauty is pain’. I must agree on this.



For the time being, I still use the cleanser from Dr Foo. I started to apply argan oil to maintain the skin condition since I’m not using any moisturizer or sunblock. I still cannot decide which moisturizer/ sunblock that suits my skin. I did not continue my previous sunblock (even though it was proven good on my skin), because the 2nd ingredient is alcohol. I need to find the new one which does not contain alcohol and perfumes. I am planning to try sunblock from sunkiller (no alcohol). Hopefully, it can cooperate well with my skin.

The current skin condition. No so good, but better than before i guess.

Somehow, I am a normal human being with ‘nafsu’. There were times that I just eat whatever served and regret later. I wear whatever skin product. It is really a tiring journey. Even writing this makes me exhausted. I hope my skin will get better. I hope I can remove away all the allergies. So that I can live my life with no barrier. And for the time being, I have to accept this as a form of test from Allah to make me closer to Him.


And I would appreciate (if anyone come across this post) to suggest any suitable product for those who suffer contact dermatitis. U can share your skincare experience too. Thank you for reading!
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Aku dah lama tak de aktiviti jalan-jalan, selain jalan-jalan masuk mall beli barang dapur. Kah kah kah. Nak shopping baju ke kasut ke sis tak mampu. Barang dapur alhamdulillah boleh korek tabung lagi.hihi

Yana, kawan anak Kelantan zaman UKM dulu, mengajak aku jalan-jalan. Aku sebenarnya tak nak sebab I need to save money. Tapi memandangkan dia nak support penginapan (yang sudahnya berakhir dalam khemah..haha), aku onz la. Khemah Yana beli. Lepas di fikir-fikir, sebab nak yang low cost. Kami decide pegi Pantai Bagan Lalang. Yana penah camping situ, katanya ramai je orang camping. So tak de la takut sangat kot.


                                               Ada macam cover novel tak..kah!
Kami sampai sana around kul 12 tghhari. Lambat dari jangkaan. Kita hanya merancang. Hehe. Tapi bila sampai sana, kteorang macam kecewa giler. Pantai nun jauh di sana, sayup mata memandang. Our camping site, sebelah dengan hotel Avani sepang. Pantai punya jauh, boleh jalan ikot bawah pegi Avani hotel. Aku tak expect tinggi la dengan pantai ni, tapi bila sampai2 tu lumpur saja, aku macam hmmm. Bunyi pantai pon tak. Hahhaa. Baru nak feeling-feeling makan2 tepi pantai dengan bunyi deruan ombak. Pehh nyaman. Angin sepoi-sepoi Bahasa masih ada, yang tiada cuma bunyi deruan ombak. Bolehlaa

With Yana.

Tapi dah sampai kan..takkan nak balik. Kami lunch dulu. Makan tomyam ayam dan ikan cencaru bakar n teh ais. Total RM22. Ikan sedap, fresh. Tomyam tak sedap. Too much MSG. Teh ais not recommended. Tak sedap la senang cerita. Pas solat, pacak khemah ‘tepi’ pantai. Pantai nun jauh 500 m. Ni 1st pengalaman camping aku selepas 11 tahun. Last dulu masa form 4 kot, tu pon kat padang sekolah. Haha. Okay la aku bagi yg proper camping experience sket, masa form 5 kat La Hot Spring, Besut. Dalam hutan. Takut jugak sebenarnya nak tidur dalam khemah sebab kami berdua je. Perempuan. Tapi bila nampak ramai je family yg pasang khemah, so rasa selamat sket la. Kemudahan kat sini okay. Toilet ada banyak dan bersih. Surau pon okay. Tempat makan banyak. Sampai tengahhari. Panah ceng ceng.  Priority aku jangan ada bonjol-bonjol bawah khemah, nanti sakit nak tido. Lol. Tak pandai cari spot. Nak tido pon tak boleh. Haha. Macam ni la tak penah camping.

Sementara tunggu teduh sket, aku jalan-jalan la ke tengah pantai. Amek2 gambar sket. Main air tak lalu la, berlumpur. Semakin ke petang, air naik banyak. Tak expect plak dia akan sampai dekat camtu.huhu. Noob. Sehinggakan jarak khemah aku ngan pantai tak sampai 3 meter. Barulah sis rase gembira sikit. Air naik sampai kul 7-8 malam camtu pastu maintain sampai kul 10 nampak macam kurang sket. Tapi masih dekat. Tapi mujurla air tak naik lagi malam2. Risau plak bangun tido esok, duk kat tengah laut plak. haha


                          
Ada nampak mummy happy? Mummy tak happy, air pantai tak nampak, bunyi ombak pon takdo
Avani Hotel di bawah lindungan awan

                
Tapak camping sebelah Avani Sepang. Tak dapat masuk Avani, sebelah pon jadilah.haha
                                          Sunset. (Sis tak buncit!)
Dah teduh sikit, boleh la lepak-lepak dalam khemah. Alhamdulillah, nyamuk takde. Kami beli lampu yg gantung tu dengan portable fan. Panas! Tapi alhamdulillah lagi, menganjak ke malam makin sejuk sket. Aktiviti aku kat sana, hanyalah borak-borak dan kongsi cerita. Dan makan. Sambil dengan bunyi ombak and baca buku. Aktiviti yg dah lama aku nak buat, baca buku tepi pantai. Serius perasaan dia tak sama.

Pantai Bagan Lalang ni aku bagi rate 3 star la. Pasal pantai dia bersih, dekat ngan KL and cost effective. Haha. Dari KL ada satu tol je. Yang kat Bangi tu. Nak 5 star opkos la kena gi pulau. Tak update plak entry Pulau Redang tu.hihi. Kalau update pon gambar jela kot, details semua dah tak ingat.

Siaap update entry 4 Feb. 4 Mac baru publish. Hahah. Aku stress laptop aku buat gila. Microsoft jeng memanjangg. Maka sekian update blog ala la la. 



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

I’m in a complete nightmare at the moment. It feels like hiding inside my blanket all day long. So that I don’t have to expose my nightmare skin to anyone. Allah, how insecure I am right now. Post ni akan panjang giler. Nak pendek baca yg last skali je. Haha

Recap in my whole life journey to find the right skincare, I only started using skincare after I graduate from UKM. I have a serious skin condition to the extent that, kau jalan2 kat kedai2 then tetiba orang yang tak jual skincare pon boleh promot kau suh beli skin product due to my worst skin condition. Masuk farmasi, tak tanya lagi nak apa, terus offer ubat parut. Harem! Tapi aku biasa la, selalu rasa aku okay je. Hahahaa. Tak tak, I noticed how badass my skin is. But I could not find the right solution to overcome those pimples, pigmentation and the ultimate dry and super sensitive skin. Dah tak jumpa skincare yang sesuai untuk baiki muka, takkan la nak duk bawah selimut je. Lantakkanlah deme nak cakap apa. Haha. Life goes on. Gitu. How ignorance I am.

As far as I can remember, I used to use cetaphil cleanser. Cetaphil working well on controlling my skin from becoming worst. It really help cleanses my face in a sense that it will not promote the growth of new pimples (sebab kulit bersih la kot). However, I must be extra patient using this because there were no significant visible effects seen after 2 weeks. Aku pon tak perasan apa kebaikannya melainkan dia membersihkan muka aku. It just that, long after that one of my friends asked me, ‘what did you do to your face? It looks better. The scars is almost gone’. Bytheway, scars was only lighten not gone. But then, as far as I can remember, I only use cetaphil. I mean consistently. There were few other product that I use occasionally like Neem’s Face Mask by Himalaya. This one was good too. But I am using this overnight that it’s drying my skin. Still, this one is good but don’t use overnight. Muka jadi macam kertas pasir. Especially my skin type ler. And I use safi moisturizer too. It did help turning my dull skin to a better conditions.



My skin was okay but I am not satisfied. Cetaphil actually does not really help to cure pimple. It did cleans and rest my skin but not really recovering when new pimple pop out. Pimples can easily pop out due to the weather, my emotion weather as well, hormones of course and other that was not under my control lah. Scars was here and there oso. Back then in 2013, I tried online local product. This is my first time ever I bought local product. SF beauty product. At that time, there were not much awareness about dangerous ingredient product and produk timbang kilo. Muka aku helok giler kot masa ni. Putih, lembap dan takde jerawat. Hot stuff la wei. Haha. Then after that come the rumors about this SF beauty. Ada merkuri pulekk. So I stop. Then muka aku mula meneruk. Dull, super dry skin, pimples easily come out. Dulu jerawat tak pernah tumbuh kat pipi, now dengan sewenang-wenang mak limahnya dia tumbuh. Aku cuak la. Aku beli sabun collagen. Online jugak. Yg tu lagi tak leh pakai. Tak membantu lansung. Pastu aku try Dnars skincare. Harem jugak la. Muka aku dah macam opera cina. Merah dua2 pipi aku. Stop. Yg tu pakai sket je. Dah la mahai. Lepas tu, kawan aku suh try Vitamin E&C. Aku tak berani mana la tapi dia cakap kena beli yang original. Banyak produk tiruan. So aku beli la kat tempat aku pecaya. Pakai ni okay giler. Rasa macam cun giler la masa tu. Hahaha. But then, keluar berita lagi, vitamin C&E ni antara nama2 awal la produk yang kena blacklist. Tak kira ori ke tak, memang blacklist! Ting! Aku stop la. Jangan nak cantik badan pulak sakit2. Stop tu, aku tak ingat dah aku try ape. Berenti pakai ni opkos muka buat hal laagi. Fobia kot nak try local product lagi. Penah jugak try Nour Ain. Kurang kontrovesi tp masih ada ura2 ada bahan terlarang. So aku tak repeat la lepas habis satu set tu.

Pastu, aku dah hati2 sket. Itu zaman semua nak jadi founder. Produk timbang kilo. Skang dah banyak kesedaran, jadi dah takde sangat kot. Atau aku memang memandang sepi produk2 macam tu. Pastu, ramai yang buat produk dari bahan organic. Minyak zaitun, lavender. Aku ada try jugak. Nurayssa. Okay la, tapi aku lupa kenapa aku tak teruskan. Ke sebab xde duit.kahkahkah *nangis*. Tapi lepas tu ade kluar produk baru lagi. Mary Jardin. Nampak meyakinkan. Founder dia medical Doc. Product dia based on organic and mostly lavender. Aku beli weh. Tak murah weh. RM165 per set. Itu pun promo. Tapi sama jugak, muka aku tak nak bekerjasama. Pastu, aku macam baru perasan. Kulit aku ni macam tak berapa ngam dengan oil based product. Clay mask dia tak best lansung. Macam lekat hitam2 dalam pores aku. Alahh benci. Sabun dia okay  tapi utk harga jual RM45 aku rasa too much. Minyak dia yang konon works wonder tu works hell on me. Haha. Ni bukan la nak bagi bad review, but it just did not work on me. Macam tu. Skang, roommate UKM aku dulu dah buat produk sendiri jugak. Dia chemist yang keje kat company cosmetic. Organic produk. Murah je. Sabun dia je baru RM 13. Serum pon tak lebih RM 50 tak silap. House of Nature. Boleh cari kat FB or IG kot. Cumanya aku tak berani nak try dah. Sebab almost sama macam Mary Jardin. Takot kulit aku tak ngam.

Hmm..lagi, aku penah try Mary Kay jugak. Dulu 2015. Sebelom agen Mary Kay promot baik aku bagitau dlu.hehe. My skin condition before almost like my current skin condition. Aku habis about RM500. Aku amek botanical effect set n malacep serum. Hmm membakar duit nama dia. Tak membantu pon. Tak suka. Tak de la terlalu teruk tapi itula tak membantu sangat. Kulit aku masih dull macam tu jugak.Aku pakai dalam 5-6 bulan jugak. Harga macam nokharom mahaii. Again, ini Cuma kesan dia terhadap kulit aku, kulit orang lain aku tak tau.

Pastu sepanjang aku stop skincare, aku pakai je cetaphil balik. Tak tahu nak pakai ape. Masa okay tu okaylah. Masa kulit problem mulalah gelabah ayam cari produk. Tapi dah elok sket aku pakai je cetaphil balik. Sebab setakat ni cetaphil tak buat hal ngan kulit aku. Tak nak pakai pencuci muka lansung kang jadi benda lain pulak. Pastu, aku baru cuba2 pakai sunscreen. Bila dah start pakai sunscreen tu memang ramai tegur kulit aku nampak sihat. So aku teruskanlah hari2 pakai sunscreen je ngan bedak ngan lipstick. Malas nak fikir cari produk baru. Happy enough, walaupon masih berparut. Tapi, good enough. Aku tengah berkira-kira nak beli ubat parut la ceritanya

Kusangkakan panas hingga ke petang, tapi tak masuk zohor lagi wei, dah hujan mencurah-curah. Cerita sekarang, aku tak tau muka aku dah kenapa. Elergik ape. Tak tahu. Sampai ke mata pon lebam. Hari tu dah amek ubat, dia okay sket. Balik KL, menjadi bali. Aku sambung ubat yang sama tapi sudah tidak mahu bekerjasama lagi. Aku Ubuntu. Makan dah kawal. Air dah minum. Pakai sunscreen pon tak guna. Apa lagi mahu kamu sih?!
Semalam aku korbankan kaki pusing2 mid valley cari bahan untuk mengubat luka di hati dek kerana muka yang tak semenggah ni. Aku g Innisfree, Loccitane, Kiehls, Clinique, Melvita. Ni je yg mampu. Amek sampel sket. Try sana sini. Hari ni  aku pakai tester Kiehls dulu. Rasa macam okay. Tapi baru sehari. Nak kata apa? Sabar jela dlu. Sample ni boleh la bertahan 3-4 hari. Kalau ade sedikit penambahbaikan, maybe I will go for kiehls. Tapi Melvita argan oil pon macam okay jugak. Eh berbelah bahagi pulak.huhu. Nantilah aku fikirkan. Next week baru decide.


Cerita aku ni tak de jawapan yang pasti lagi untuk skincare regime. Doakan la aku supaya sihat sentiasa dan gembira. Dan berjumpa skincare yang sesuai. Klo nak suggest pape pon bolehla komen.kui3, sape tah baca blog aku selain nurul.hahaha

Sekian bebelan dari sis yang masih dalam kemurungan. Belom berjumpa kegembiraan 2018.



*kekonon nak cakap omputih, tapi awal2 je. English macam harem jugak ni. Sis tak cukup vocab. Ampunkan sis. Nak prektis la kunun gituu.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Older Posts

About me

That one girl with non-stop crisis in her mind.

Blog Archive

Categories

Dear Haxeera Jalan-jalan pot pet pot pet Blogspot Editing Muhasabah Seoul Skin UM love Dear myself Descendants of the sun bag Hari-hari dalam hidupku Jobless Lagu Luahan Note to myself :) Online Business Pulau Pinang

Popular Posts

  • Camping @ Bagan Lalang
  • Me; by Fynn Jamal
  • Sepintas lalu. Seoul trip Part 1
  • Senangnya buat blog header..lolz!
  • [Part 1] Kem Baha, Gunung Stong ( 8-10th September 2018)
  • [Part 2] Kem Baha, Gunung Stong
  • An update about my skin
  • I haven’t found my skincare regime
  • Planning for a holiday trip
  • PMS talk 1

Followers

Created with by ThemeXpose