Camping @ Bagan Lalang

by - 1:05 PM


Aku dah lama tak de aktiviti jalan-jalan, selain jalan-jalan masuk mall beli barang dapur. Kah kah kah. Nak shopping baju ke kasut ke sis tak mampu. Barang dapur alhamdulillah boleh korek tabung lagi.hihi

Yana, kawan anak Kelantan zaman UKM dulu, mengajak aku jalan-jalan. Aku sebenarnya tak nak sebab I need to save money. Tapi memandangkan dia nak support penginapan (yang sudahnya berakhir dalam khemah..haha), aku onz la. Khemah Yana beli. Lepas di fikir-fikir, sebab nak yang low cost. Kami decide pegi Pantai Bagan Lalang. Yana penah camping situ, katanya ramai je orang camping. So tak de la takut sangat kot.


                                               Ada macam cover novel tak..kah!
Kami sampai sana around kul 12 tghhari. Lambat dari jangkaan. Kita hanya merancang. Hehe. Tapi bila sampai sana, kteorang macam kecewa giler. Pantai nun jauh di sana, sayup mata memandang. Our camping site, sebelah dengan hotel Avani sepang. Pantai punya jauh, boleh jalan ikot bawah pegi Avani hotel. Aku tak expect tinggi la dengan pantai ni, tapi bila sampai2 tu lumpur saja, aku macam hmmm. Bunyi pantai pon tak. Hahhaa. Baru nak feeling-feeling makan2 tepi pantai dengan bunyi deruan ombak. Pehh nyaman. Angin sepoi-sepoi Bahasa masih ada, yang tiada cuma bunyi deruan ombak. Bolehlaa

With Yana.

Tapi dah sampai kan..takkan nak balik. Kami lunch dulu. Makan tomyam ayam dan ikan cencaru bakar n teh ais. Total RM22. Ikan sedap, fresh. Tomyam tak sedap. Too much MSG. Teh ais not recommended. Tak sedap la senang cerita. Pas solat, pacak khemah ‘tepi’ pantai. Pantai nun jauh 500 m. Ni 1st pengalaman camping aku selepas 11 tahun. Last dulu masa form 4 kot, tu pon kat padang sekolah. Haha. Okay la aku bagi yg proper camping experience sket, masa form 5 kat La Hot Spring, Besut. Dalam hutan. Takut jugak sebenarnya nak tidur dalam khemah sebab kami berdua je. Perempuan. Tapi bila nampak ramai je family yg pasang khemah, so rasa selamat sket la. Kemudahan kat sini okay. Toilet ada banyak dan bersih. Surau pon okay. Tempat makan banyak. Sampai tengahhari. Panah ceng ceng.  Priority aku jangan ada bonjol-bonjol bawah khemah, nanti sakit nak tido. Lol. Tak pandai cari spot. Nak tido pon tak boleh. Haha. Macam ni la tak penah camping.

Sementara tunggu teduh sket, aku jalan-jalan la ke tengah pantai. Amek2 gambar sket. Main air tak lalu la, berlumpur. Semakin ke petang, air naik banyak. Tak expect plak dia akan sampai dekat camtu.huhu. Noob. Sehinggakan jarak khemah aku ngan pantai tak sampai 3 meter. Barulah sis rase gembira sikit. Air naik sampai kul 7-8 malam camtu pastu maintain sampai kul 10 nampak macam kurang sket. Tapi masih dekat. Tapi mujurla air tak naik lagi malam2. Risau plak bangun tido esok, duk kat tengah laut plak. haha


                          
Ada nampak mummy happy? Mummy tak happy, air pantai tak nampak, bunyi ombak pon takdo
Avani Hotel di bawah lindungan awan

                
Tapak camping sebelah Avani Sepang. Tak dapat masuk Avani, sebelah pon jadilah.haha
                                          Sunset. (Sis tak buncit!)
Dah teduh sikit, boleh la lepak-lepak dalam khemah. Alhamdulillah, nyamuk takde. Kami beli lampu yg gantung tu dengan portable fan. Panas! Tapi alhamdulillah lagi, menganjak ke malam makin sejuk sket. Aktiviti aku kat sana, hanyalah borak-borak dan kongsi cerita. Dan makan. Sambil dengan bunyi ombak and baca buku. Aktiviti yg dah lama aku nak buat, baca buku tepi pantai. Serius perasaan dia tak sama.

Pantai Bagan Lalang ni aku bagi rate 3 star la. Pasal pantai dia bersih, dekat ngan KL and cost effective. Haha. Dari KL ada satu tol je. Yang kat Bangi tu. Nak 5 star opkos la kena gi pulau. Tak update plak entry Pulau Redang tu.hihi. Kalau update pon gambar jela kot, details semua dah tak ingat.

Siaap update entry 4 Feb. 4 Mac baru publish. Hahah. Aku stress laptop aku buat gila. Microsoft jeng memanjangg. Maka sekian update blog ala la la. 



You May Also Like

2 comments

  1. Wow macam menarik je sis. Cemane nak pasang khemah? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..dah ade rangka khemah nanti mesti pandai. walaupon terkial2. hahaa

      Delete

=)