4th Jan: Blessings

by - 4:01 PM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, had a rough day today. But yeay, i'm surviving. Bukan apa pon,cuma rasa tak sihat sangat. Sakit kepala sampai menggigil2 badan. Pastu muka panas macam beruwap je. Td petang rasa macam nak demam but now feeling okay. Alhamdulillah. Ya udah update status hari ni. Hahah

I was thinking about blessings. Barokah.

Feeling like having a tough day to keep surviving in KL with no earning. Yes, my salary has been cut since February 2016. Officially, 10 month meng-anggur. Boleh dikatakan agak kopak la poket aku. I just have my Instagram to kinda support my makan-makan and a little bit on transportation. Sewa rumah korek tabung Maybank aku. My last savior.

Dulu masa aku ber'gaji'. Aku boleh dikatakan mewah la. Aku tak struggle bab duit. Yela, ape je komitmen aku. Kete takde. Rumah sendiri takde. Mostly spend kat makan2, jalan-jalan dan shopping2 online/offline. Dan kadang2 aku masukkan dalam akaun mak aku sket. So ni la masuk part barokah sepertimana tertera dalam tajuk.

Aku ni bukanla anak yang baik sangat. Ada bulan aku bagi kat mak, ade bulan aku enjoy sakan. Takde komitmen. Tapi bulan yang aku masukkan duit kat mak aku tu sampai hujung bulan pon aku tak rase sengkek pon. Macam rilex je. Walaupon secara kalkulatornya, bila dah bagi kat mak aku, memang duit aku kurang la dr masa aku tak bagi. Tapi barokah tu membuatkan aku rasa macam "eh, kenapa banyak lagi duit dalam purse aku ni?"

Barokah tu membuatkan aku rasa cukup.

Lagi satu, aku berpendapat, bila kita bekerja seikhlas hati, tak ngelat, jaga masa kerja, kita akan rasa keberkatan gaji tu. Pernah tengok orang gaji RM10k, tapi masih rasa tak cukup? This might be related to barokah. Might be, but please dont judge them. Contoh je babe!

Now, sumber pendapatan aku ialah melalui IG aku. Nilai yang aku dapat memang tak banyak. Tapi apa yang aku dapat tu ialah apa yang aku usahakan (insyaallah biiznillah). Walaupon nilai yang aku dapat tak seberapa tapi aku rasa cukup. Cumenya, memang tak mampu la nak bagi kat mak lagi. Cukup makan je.hahaa. Klo bagi ntah2 mintak ngan abah plak duit nak makan. Lol!

So gitula, harapnya hidup aku ni terus menerus dilimpahi barokah biarpon segala badai onak dan duri melanda. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. Insyaallah barokah tu melimpah ruah dalam hidup kita. 

Now, I can still smile, that makes me feels great. And I feel that, to be able to still smiling is a blessing from Allah. I am blessed with such a great family and friends. Thank you Allah for these blessings. May Allah bless all of us! ❤️

Eh, not to forget, visit my IG haxeera.co 😄



p/s: kalau rasa hidup selalu ada masalah, mungkin kita ada masalah antara hubungan dengan Allah dan ibu bapa.

You May Also Like

4 comments

  1. Hi Zie,

    Rindu! Sobs.
    Tapi memang betul pun. Bulan bagi dekat mak, mesti rasa cukup dan rasa tak susah hati pasal kewangan padahal ikut logik duit lagi kurang la kan? Ooh, blog saya private. Nanti bagi email untuk saya invite. Hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila invite nurul.hazierah88@gmail.com

      Delete
    2. oh rindu giler okay..bilakah mau ketemu puan nurul. Tnggu celebrate sy abes master. Kah3. Bagai pungguk rindukan bulan. lol

      Delete
  2. dah invite! cepat accept before expired!

    ReplyDelete

=)