18th Jan: Update blog..blerghh - Dear Haxeera,

18 January 2017

18th Jan: Update blog..blerghh

aku, tiap-tiap tahun azam nak aktif update blog.

Tapi gitu jela. Aku duduk menung. Apa ke benda menarik aku nak cerita, nak share. Tak menarik dan tak padan dan tak patot pon nak share. Hidup aku, hanyalah sekitar UM, master aku, labmate, housemate dan makanan. Balik kampung, dengan family. Takdenya nak update cerita, laptop pon tak sentuh. Bila sentuh laptop balik, dah lupa nak cerita ape.

Nak cerita pasal hidup aku, mostly drama. Aku rasa aku ni orangnya bukan jenis berdrama sangat, tapi daily life aku drama sangat. Kisah penyelia, kisah duit, kisah rakan sekerja, drama housemate tak abes-abes, drama,drama,drama. Belom masuk kisah ex. Super duper drama. Non-hado la nak cerita. Aku menulis pakai emosi, tulis sini pasal drama-drama hidup ni, sis jadi ta kuad. Terbawak emosi masa menulis ke alam nyata plak. Parah jadinya.LOL!

Satu-satunya cara untuk aku terus hidup ni, positif je. POSITIFFF (sambil mengetatkan hati).

Siap update. Macam ni pon kira update ke?

Mungkin kena modified sikit azam tu, update blog dengan kerap cerita gembira je ataupon bercerita dengan gembira walaupon ceritanya tak berapa gembira. Pon bolehh..

No comments:

=)