12th Feb: Once upon a time in Penang - Dear Haxeera,

12 February 2017

12th Feb: Once upon a time in Penang

Assalamualaikum...

Flashback sepanjang hidup aku, this is my 3rd visit to Penang. First time sampai Penang, tahun 2003. Mmmm lebih kurang 14 tahun lepas. Hahahahaha.

2nd time tu memang uplanned visit. Kita merancang, Allah yang menentukan. Hihi. Rancangan perjalanan ke Kedah yg agak failed, result in unplaned visit to Penang for 2nd time. Tapi singgah jela. Singgah makan. Dah elok2 beli flight ticket return KL-Kedah, tetiba ikot Najua ngan Faiz  ke Penang, sebab nak balik hari tu jugak naik bas. So deme hantar aku, Fatin ngan Ain ke bustop Penang. Alang2 masuk Penang, makan sat la.

Zaman muda..tahun 2014.
Jangan nak suh aku letak gambar 2003 dlu.Hahaha. Mohon jangan. Tingkatan 2, tapi comot macam darjah 2 ;D

My 3rd visit to Penang, sebab nak attend kenduri kawan ain (kak dayah). Aku teman, sebab aku memang nak bejalan la. lol. Kak Dayah tu aku pernah jumpe 2 kali kot. But very friendly person. Rumah kak dayah area Kepala Batas. Since masa tu CNY, jem sket. 7 jam baru sampai.

Aku stay kat hotel area Bandar Baru Bertam. Aku rasa BBB ni macam bandar baru nak up (BBNU). Lol! Most facilities and goverment office area sini. Hotel aku stay tu Hotel Jannah. Rate RM109 per night stay. Untuk 2 org. Boleh la, tak nak komen lebih. ok.

Malamnya, konon nak pi umah kak dayah. Tapi konon jela, tido sampai nak abes magrib. Lepas solat, instead of pegi umah kak dayah kami pusing2 ares BBB tu. kawasan situ banyak kedai hipster. Tapi tak payah nak hipster sangat. Kteorang masuk restoran Thai. Mae Thai nama dia. Memula nak minum-minum je. Tapi sebab tekak aku rasa perlu masuk makanan berkuah dan panas2. Aku order sup ayam. Padahal dah makan kul 6 tadi kat umah kak dayah. hihi. Memang nyesal kalau tak order sup tu. Sedap giler. Hahah. Aku exaggerate je yang giler tu. It just according to tekak aku la. Aku memang fan makanan thai. So sup tu sedap giler. Sambal belacan pon umphh. Sup tu RM5 je. Thumbs up.


Pagi 29hb tu majlis akad nikah. Buat dekat masjid, dekat je ngan hotel. Pastu kami gi bekpes kat oldtown. Banyak kedai tak bukak pagi-pagi. 

Ain ngan masjidnya.. hehe. Masjid yang buat akad nikah. Nama masjid  tak ingat, tak tahu nak google ape. Tapi area BBB tula ;p
                                       

Tengahhari, gi makan lagi kat umah kak dayah. Jumpa ana (kawan ain) kat situ. Duk tunggu2 kak dayah tak muncul2, kami chiaw dulu gerak masuk pulau. Naik jambatan. Ana kata tol untuk masuk je. Keluar pulau tak yah tol dah. Kalau naik feri pon charge same. Charge masuk RM7. Dalam pulau takde tol dah.Tapi kau jangan buat salah drive ternaik jambatan keluar pulau plak. Baru masuk dah nak keluar. hahhaa. Tak pasal2 kena bayar tol 2 kali. Sebab apa yang aku nampak, kalau tersalah masuk tu tak tau nak patah balik kot mana dah.

Memula skali, terus pegi Penang Street art. Memang situ je kebanyakan tourist attraction. 
Kat Georgetown.

Ramai sangat beratuq nak amek gambar..




Pastu, Ain ngan Ana nak tukar baju. Dari tadi pakai baju kenduri, tak sempat tukar. Sambil nk solat boleh tukar baju. Deme jela, aku selesa je pakai skirt. Kami solat kat Masjid Kapitan Keling. Pas solat g Esplanade jap. Makan. Kat sini baru rasa nak tukar seluar. hahaa. Payah nak lintas jalan. Aku main tukar dalam kete je.lol.

Then sempat lagi nak pi Bukit Bendera. Ikot aku, memang aku tak nak pi. Same je rasenya dengan mana-mana bukit. Hhahah. Lagipon aku penanh naik 14 tahun dulu. Hahahaaa. Sebab Ain ngan Ana tak naik lagi, so apa salahnya. hehee

Salah memang tak salah. Yang salahnya timing. Naik malam-malam ape je yang nampak. Amek gambo pon kelabu asap.hahaa. Naik kul 8.30, pusing tak sampai setengah jam, kami dah queue nak balik. Masa tu beratur bapakkkk panjang giler. Kuss semangat aku. Terus terdiam beratur sebab klo aku membebel-bebel, hilang tenaga. Nak beratur lama ni weii. Hahaa

Selipar jepun :P


Kelabu hasap!
Turun Bukit Bendera, terus gerak balik Sungai Petani (rumah Ana). Beratuq sejam setengah weii. hahaa. Ain la kesian, pasal aku malam2 mata memang kelabu asap. Camno nak drive.

Trip Penang, abeh situ je. Abeh pitis. Aku jalan2 ni pon tak plan sangat. Hentam! Tol return around RM90. Minyak RM120. Hotel RM109. Makan RM100 kot 2 hari.

sebelum balik KL, singgah jeruk Pak Ali jap. Overall okay saja. Aku sebenarnya nak amek suasana je. Dulu masa jalan ngan Najua, Faiz, tak puas masuk Penang. So jalan kali ni nak memuaskan hati yang tak puas 2 tahun lepas. Aku suka Penang, makanan dia, tempat2 dia, bangunan dia. Yang aku tak suka, sesaknyaaa..

4 comments:

  1. Seronoknyee. Teringin nak g jenjalan jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegila. Ajak arip. Sonok jugak laa..cuci2 mata gittew 😁

      Delete
  2. aku suka penang jugak. makanan dia dan bangunan dia. belum berpeluang nak backpack di penang. moga diberi izin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2..backpack mcm nice je. Cari hotel backpackers dekat georgetown. Senang, mostly tourist attraction kt situ. And aku rasa rapid penang pon banyak klo nk explore tmpt yg jauh sket.

      Delete

=)