[Part 1] Kem Baha, Gunung Stong ( 8-10th September 2018)

by - 10:46 AM


Assalamualaikum.

Perjalanan bermula 7th Sept – 10 Sept. 2018. Aku gerak pegi Temerloh naik bas kul 4 petang. First time travel pegi Temerloh dan sorang-sorang. Kenapa pegi Temerloh? Sebab aku nanti teman Wani gerak ke Gua Musang. Yana dengan family gerak dari Bangi. Nak naik ngan Yana pon tak muat. Dah penuh satu kete. Wani ni aku tak jumpa dah dekat 2 tahun. Haha. Kemain duk sekampung tapi dah 2 tahun tak jumpa. Sampai Temerloh tak berenti la pot pet pot pet ngan mek ni. Yg pasti pot pet aku lebih laju.Hahaha. Malam keluar makan dan beli barang2 camping yg tak cukup lagi. Balik rumah sambung packing. Timbang. Part timbang ni memang tak boleh blah. Dua2 kedekut space, tak nak bagi berat bag. Lebih sket transfer bagi sama berat. LOL. 7 kg weh, nak mendaki bukit lagiii. Haruslah berkira. Hahaa

8th Sept. 2018

Bertolak dr Temerloh kul 7.45 pagi, lepas breakfast. Kul 11.45 pagi sampai R&R Gua Musang. Aku janji ngan Yana nak jumpa kat situ. Beli makanan siap-siap untuk lunch. Ikotkan janji ngan guide kul 12 tghhr. Tapi nak buat macam mana, kul 12 baru sampai R&R Gua Musang. Pastu guide tu bagitahu, nanti wife dia tunggu kat kaki gunung pukul 2 ptg. Elok jugak boleh solat jamak siap2 kat umah Yana. Yana ni rumah dia memang dekat kaki gunung stong tu. Lunch terus situ. Kul 2 ptg, kami register nama kat kaunter. Kaunter tak rupa kaunter mana pon. Haha. Sekali ngan kedai runcit.


Kat bawah, sebelum naik. Tempat ni dulu resort kepunyaan Kelantan royal. Tapi skang dah terbiar. Ni kira pejabat resort tu la.


Muka sebelum start hiking. Elok2 lagi semua.Hahaha
Jambatan gantung
Lebih kurang kul 2.30 ptg kami gerak naik gunung. Berat beg hampir mencecah 8 kg. Sebab tambah beras, sardine yg Yana beli untuk masak nanti. Jenuh nak mendaki. Start mendaki tu kena cross jambatan gantung ni dulu. Sikit je. Aku memula dengar guide aku (kak Na) kata ada jambatan gantung, cuak. Hahha. Sis tak berapa la dengan ketinggian ni. Gayat! Aktiviti nak challenging, tapi nnakut hapah! Hampeh. Hahaa

Ahli rombongan hiking ni ada 6 orang. Aku, Wani, Yana, Suraya, Nor, Kak Da. Selain aku ngan Wani, yang lain tu semua adik beradik. Yang muka sama 4 orang tuu. Dan harap maklum, ahli kumpulan semua underweight, kecuali aku. Aku normal. Hahaa. Pastu ada Kak Na, Pak Chu ngan Hafiz. Guide aku secara rasminya ialah Kak Na. Tapi ramai peneman plak. Haha. Pak Chu tu memang kelakar. Kejap-kejap aku gelak. Kurang sikit penat mendaki. Aku tak pasti pulak yang mana ahli group yg Pak Chu bawak. Dah kat atas kot. Tak silap aku dia handle group Chinese. Chinese ni slalunya tak payah guide pon. Mostly dorang dah biasa. Tapi kat Gunung Stong ni memang kena pakai guide. Syarat dia kot. Atas factor keselamatan mungkin. Pak Chu ni turun naik gunung tu small matter je. Sehari boleh berapa round turun naik. Hafiz, kawan kepada guide2 situ. Dia dtg dr KL jugak tp asal Kelantan. Saja je nak naik gunung katanya. Secara tak rasmi, deme bertiga tu guide kami. Menjaga kami dengan penuh kasih sayang. Hahaha. Bila aku cakap penh kasih sayang memang aku maksudkannya. Haha

Tak sampai 15 min jalan, dah start drama. Hahaa. Nor awal2 dah muntah. Okay ni ade tips sket. Jangan makan sebelum hiking. At least sejam sebelum tu jangan makan dah. Kami kul 1.30 ptg baru makan. Hihi. Possible la untuk muntah. Selalu kalau exercise kan keluar angin. Keluar angin, silap2 keluar isi perut skali. Nasib la sorang je yang muntah. Naya guide kalau semua buat drama. Hahaa. Pastu Hafiz tlg bawakkan khemah ngan beg Nor. Tak pasal2 kena mengasuh pulak. Patotnya tangan kena free la kalau nak mendaki. Aku tak tahu pulak khemah tu panjang gitu. Ingat nak attach atau sumbat dlm bag je. Kami bawak 2 khemah. 2 Kg berat dia setiap satu. Cukuplah beban aku 10 Kg. Hampir 1/5 berat aku. Adoi. Tapi aku ngan wani gilir2 bawak la. Separuh jalan aku bawak, separuh jalan lagi wani bawak, separuh kak Na bawak. Dia kate banyak cekadak budak2 ni, mana nak mendaki, mana nak bawak khemah. Hahhaa. Pastu, dah start hujan masa tu. Kami benti kejap. Berteduh.

Trek ni licin sket. Eh silap, licin banyak. Sebab hujan, memang tak syok rasa nak kena pacak kaki betul-betul. Kalau tak hujan lagi best la. Pastu kasut aku pun..ya ampunn. Kasut jogging. Hahhaa. Yana siap cakap dia nak pakai sneakers je. Maka aku pon amek mudah. Kasut jogging je. Hahaa. Sepenuh tenaga la nak tahan kaki dengan badan dengan beban 10 kg. ohohoii

Hahha. Konon posing :P

Berenti berteduh. Hujan lebat. Dan tunggu yg lain sampai skali. Dorang lambat sket sbb Nor muntah di awal perjalanan. Baju kuning tu Kak Na, yang bersaandar terbaring tu Pak Chu.

Muka ade mengah sket. Haha
Nak naik gunung stong ni ada 2 jalan utama. Yang aku tahu la. Satu ikot air terjun, satu ikot jalan yang aku lalu ni. Ikotkan nak view cantik elok lalu ikot jalan air terjun, tapi apakan daya. Musim hujan sis. Jalan licin, bahaya.

Kami sampai ke Kem Baha pukul 4.30 ptg. Roughly  about 2 hours. Kalau tak hujan, jalan tak berlecak boleh sampai awal lagi. Biasala semua dah lama tak hiking @ tak pernah hiking. Tapi alhamdulillah, aku rasa ada hikmah aku banyak terpaksa jalan sejak start kerja kat lab baru ni. Like 4 km aku kena jalan hari2. Membebel kemain, stress kemain sebab kena jalan jauh. Rasa macam nak beli kereta hari tu jugak. Hahha. Nak tunggu bas pon, tempat aku tunggu tu dah last stop. Baik aku jalan terus sampai LRT. Dan hikmahnya badan aku rasanya lebih fit, berdasarkan corak pendakian dan pernafasan aku. Hahhaha. Masa hiking hari tu takdela rasa flat sangat. Ikotkan aku ni hiking bukit2 dalam UM ni pon dah tak berdaya. LOL! Maksudnya ade pekdah la jugak aku berjalan hari-hari. Nice one.hiihi


Dah sampaii!! Gambar tak clear pon nak buh jugak, pasal ni je yg ada masa saampai tu.

Tapak perkhemahan. Yang ade atap biru tu (hmm atap sangat hihi), tu pondok PakChu, tempat lepak dan masak2.

Kat atas tu ada kedai runcit. Tapi harga almost double la. 
Yang macam pondok tu pondok kak Na ngan Abe Bahar, ade 2 bahagian, satu tempat dorang tido, lagi satu stor a.k.a tempat kami salin baju. Khemah kami depan pondok kak Na

Kami takdela nak naik sampai puncak Gunung Stong. Sampai Kem Baha ni dah cukup baik dah. Kat kem baha ni semua org akan pasang khemah sini. View sunrise kat sini cantik. Ramai yang datang pada tarikh yang sama ngan kami. Sampai takde tapak khemah. Yang bawak anak kecik pon ada.

Sampai-sampai sana, terus pasang khemah, risau kejap lagi hujan lebat pulak. Elok siap pasang, hujan lebat. Nasib baik dah siap pasang khemah. Yang tak nasib baiknya, khemah aku sejat air. Basah. Pastu Abe Bahar (husband Kak Na), pasang plastic lain atas khemah dan bawah khemah jugak. Tapi basah jugak sebab air bertakung atas plastic yang lapik kat bawah khemah tu. Then kami tak letak plastik bawh khemah. Pak Chu bagi tikar plastik dia, untuk lapik dalam khemah aku. Ha lepas tu baru okay. Baru boleh bersenang2 dalam khemah. Hehee. Guide2 ni sangat membantu. Memula dia suh aku tido dalam stor dia.haha. Kurang asem. But then, stor dia not too bad pon kalau terpaksa. Tapi tak la kot nak duk situ.Kihkihkih. Alhamdulillah khemah okay, bilik stor jadi tempat kami bersalin baju. Hihi.

Dalam khemah Yana, khemah aku tak ready lagi masa ni. 

Tent-mate!
Dalam kul 6.00 ptg kami pegi mandi-mandi kejap. Magrib baru masuk khemah. Lepas solat kami prepare dinner. Guide2 tanya buat dinner ape? Haha. Sardin ngan telur je. Orang lain siap buat kari kambing. Kami bagitau dorang la apa yg bawak untuk 3 hari. Dengan yakinnya dorang cakap tak cukup tu. Tapi kteorg yakin je berdasarkan saiz badan masing2.Hahaa. Tapi serius la, malam tu aku tak selera lansung, pluss ngantuk. Tak dan pape dah ngantuk. Tak selera makan. Keadaan sebenarnya perut aku dah masuk angin. Hence takdak selera. Last makan kul 1.30 ptg, time tu dah pukul 9 mlm. Aku pandang je kelip2 makanan tu. Pastu hafiz bawak nasi arab yang dorang geng2 guide masak. Aku makan la sikit, walaupon sedap  tapi tak boleh nak suap banyak. Nasi arab kat atas bukit, kat umah biasa pon payah nak dapat.Hahaa. Sardin tu aku tak sentuh pon. Malam tu just lepak2 kat pondok Pak Chu ngan geng hiking includes Hafiz. Berkenal, bercerita2 and all stuff la. Sambil tu kenal la jugak dengan guide-guide yg lain. Ramai duk datang menyinggah. Lebih kurang kul 10 mlm, kami masuk khemah dah. 

Haih penat dah rase bercerita. I'm having so much fun there. Tulis cerita pon boleh mengembalikan mood yg baik. Kih2. Aku tengah moody teruk skang ni. Haih. Day 2 kemudian-kemudian la aku sambung macam panjang sangat pulak. Day 2 pon banyak cerita dia.

Okay sampai sini. Till next time. Bye! Have a nice daay everone. Jangan moody2.

You May Also Like

1 comments

=)