Sepintas lalu. Seoul trip Part 1

by - 11:47 PM

Aha. Aku macam tak penah berangan pon nak gi Korea. Kalau dalam list negara yang aku nak visit tu kira korea memang takde la dalam list. Tapi, bejalan beb. Mana2 pon aku suka. Mih mih mih.

Ceritanya, aku punye requirement untuk master kat UM ni memang kena pegi 1 international conference. Tapi dah hujung2 pengajian pon tak penah present lagi kat mana-mana conference. Time tu Asma duk ngajak aku gi skali. Nak gi kat tempat ada salji lah konon. Bulan Januari kan. Aku iyokan ajelah. Ingatkan nak gi konference dalam negara je, tp dapat luar negara apa salahnya. Tapi duit kuar banyak sikitlah.

Aku pegi trip ni bulan Januari (7-13 Januari kot). Haha. Tak ingat tarikh dahhh.. Allah, nak cerita ape pon tak ingat dah. Haha. Lame dah kot.....

Yang aku ingat, masa tu winter. Suhu average -2 oC but no snow. Amagad! Perasaan macam kecewa je. Dah kena tahan cuaca sejuk giler sampai muka rasa keras tp tak dapat feeling2 winter sonata. Sodih.

Trip tu kami pegi 7 org include baby sorg. Aku, Syifa, Zul, Asma, Mukhlis, Arep and the baby, Hasanah. Sebenarnya plan awal, aku ngan Asma je. Syifa awal2 lagi dah cakap macam tak dapat join pasal tak dapat financial support. tapi tetiba plan berubah banyak. Kelibut jugak ah. Tetiba Asma nak bawak husband ngan anak dia. Hotel dah book. sah-sah aku kena cari bilik lain. And Syifa akhir2 supervisor dia bagi support utk yuran konference dan hotel. Plus Mukhlis tetiba nak join skali untuk jalan2 je, dia tak join konference pon.

Nasib baik jugakla Mukhlis join. Then, aku book hotel same ngan Mukhlis, sbb hotel same yg aku dah book tu dah jadi mahai sangat. Jarak 1 station dengan hotel dorang. Hotel aku dekat ngan subway station Dongguk University. Takdo sadis sangat nak kena jalan sorang tempat orang. memula bengkek jugak la dgn pertukaran plan camni, tp chill la. Haha. Everything happen for some good things later on. Sabar, then good things will come to you. Enjoy!


ha..ni langit Malaysia.Hihi. Say bye-bye la

ni view dari atas, dekat-dekat nak sampai Incheon Airport.


Masa nak sampai Incheon, dekat-dekat nak mendarat tu sikit2 boleh nampak la daratan dia. Kami macam, kenapa takde putih-putih salji pon. Kuang3. Kami expect nampak putih macam pergunungan Himalaya gitu. Hurm, tak beragak. kami memang kelaka. blergh.

keluar je kawasan airport memang merasa la, sejuk yakmat. Kome kalau nak gi time winter tu prepare la segala losyen, lipbalm, heatpack semua ye. sebab jgn kata orang malaysia, orang sana pon pakai 3 4 lapis. Its -2 ok. Try duk kt dalam freezer la kalau nak rasa. Kulit aku biasela sensitipnya usah cakap. Tak tahu pasal apa kulit aku naik biji2 yg ada air tu. Gatal. Aku ni memang pesen takleh kena sejuk, jadi gatal-gatal tak tentu pasal. Klo sejuk-sejuk aircond malaysia, gatal2 je. Sejuk-sejuk korea terus bernanah bak hang! nasib baik dah sampai malaysia ok balik.

Then kami amek teksi yg MPV tu. Tak ingat dah berapa kos around 110000 won kot. Dia cakap taxi for international. Tapi drebar dia tak boleh cakap English sepatah pon. So kau tak yah ramah sangat k. Takkan dapat jawapan. Aku ngan Mukhlis having a hard time looking for our hotel. Pusing2 tula, padahal memang dekat situ dah. Nasib baik aku ternampak signboard tu. Klo tak pusing sampai esok lah ye.

Masuk2 hotel, letak barang, terus nak keluar jalan. Haha. Ajak mukhlis cari stesen subway terdekat, esok senang nak jalan. Sejenis manusia yg eksaited.wee... Dekat hotel ade convenient store. Senang nak cari pape. Topup touch n go pon  kat situ (kat sana panggil T-money)

Aku selamba je gi kt G25, cakap nak beli topup. Tapi kad takdak. Haha. Ahjusshi baik giler, dia bagi je aku kad yang ada situ. Free je. Bayar topup jela. Tq la ahjushi baik.

bersama adik-adik manis korea.hihi
ah. macam tak larat pulak nak cerita panjang. Ingat nak cerita sikit je. Sejenis orang yang tak pandai buat sinopsis. nanti buat part 2 la. haha.

Ni kira intro ye. Baru cerita part sampai hotel je. Panjang lagi ceritanya..later aku update the second part ye :)

You May Also Like

2 comments

  1. Baru tau ko gi korea weh. Cis. Tak ngajak. Haha. Tp mcm la aku boleh gi kan.

    ReplyDelete
  2. Tula. Klo ajak mesti bestt ramai2. Pelancong gittu.hihi

    ReplyDelete

=)