Helluu Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ni aku boleh
spend sket masa nak cerita pengalaman camping kat Gunung Stong (part 2).
Ngade-ngade nak buat by part. Pastu dah 4 bulan baru nak update lagi.Hahaa.
Perah otak lerr sis nak flash back moment2 itu.
Yang entry Part 1, aku sempat
cerita yang day 1 je. Part 2, sambung hari ke-2 dan ke-3. Takat mana ingat
jela. Kah Kah Kah. Basicly Day 2 will be a little bit longer than day 3.
Day 2.
Macam biasa, sebagai muslim sejati
kat mana2 pon wajiblah memulakan hari dengan Solat Subuh dulu. Gitu. Maka
bercinta la semua sorang nak pegi amek wudhuk kat sungai. Sejuk bak ang. Tido
malam tadi pon meng-udang semua. Nasib baikla berkorban bawak selimut walaupon
makan space banyak dalam beg. Lepas subuh kami masak breakfast dan get ready
untuk shoot gambar sunrise. Masak breakfast aku tak join. Makan pon tak jugak. Tubuh
badan sis start dah buat hal. Adoi. Perut aku dah masuk angin dari hari pertama
lagi. 2nd day makin menjadi-jadi pulak. Sakit perut, sakit kepala. Pastu
rasa macam nak cirit pulak. Eh padia dalam hutan ni nak cirit. Haha bongokla.
Aku ni dah la memilih tandas. Sanggup tahan. Hmm tahanla. Tapi muka memang tak
boleh blah la. Pale duck face! Tengok gambar aku rasa cam sedih naw.
Around pukul 7.30 pagi camtu dah
boleh view dah scenery sunrise yang magnificent. Udara yang segar dan tenang. Release stress. Subhanallah! I did enjoy the scenery.
But in pain! LOL
walaupon hitam. Nak buh jugak! |
Aku join sunrise tu kejap je.
Pastu masuk guling2 dalam khemah semula. Bergulung tahan sakit. Guide aku
caring semua. Semua dtg Tanya okay ke tak. Dah sapu ubat ke? Tapi nak menjawab
pon tak larat. Pastu cirit pulak. Memang tak boleh tahanla. Tepaksala aku
bertandang ke tandas. Luckily masa aku nak pegi tandas tu dah ade orang
bersihkan sket dan paip dah okay. Malam semalam air pon malu2 nak keluar.
Alhamdulillah. Lepas tu dah rasa okay sket. Tapi balik berguling lagi. Yang lain
masa tu duk lepak2 ngan Pak Chu dan guide2 lain.
Kul 10.30 pagi, Kak Na bawak
kteorang pegi redah hutan jap. Pegi air terjun yang atas2 lagi. Ade 4 tempat.
Dalam banyak2 tempat pegi tu, satu tempat je aku ingat. Haha. Telaga tujuh.
Tempat tu banyak batu2 besar yang flat. Pastu ade 7 lubang. Kedalaman aku tak
pasti plak. Tapi kalau aku masuk tenggelam la. Yang bestnya situ takde orang
lansung masa aku pegi. Kebanyakan yang camping malam tadi dah teruskan
perjalanan naik ke puncak Gunung Stong. Kami kanak-kanak Ribena main bawah2
je.kih3. Malas aku nak naik atas. Tak daya ler. Aku satisfied enough dengan
pemandangan pada ketinggian 330 m tu. Cukup dah. Lebih2 buat ape. Macam tu
jugak lebih kurang. Dah malas tu malas jugak :P
Aku lepak kat Telaga 7 tu lama
jugak kot. Sebab tunggu satu lagi group Hafiz yang katanya nak naik sama tapi
tak naik-naik jugak. Dekat kul 11 ada satu group baru turun dari puncak. Tak
silap aku budak KPTM. Ramai jugak group dorang. Roughly like 50 person kot. Kat
Gunung stong ni, maksimum 1 guide = 15 orang peserta. So kalau 50 orang ada 3-4
guide. Macam tu. Jadi bila dah ramai ni, kiteorang nak gerak gi port seterusnya
lah. Sebelom sempat gerak, ade sorang peserta pompuan jatuh tergelincir. Licin.
Depan aku betul2. Aku siap dengan bunyi cam patah ke, urat tergeliat ke,
terhantuk kepala ke aku tak pasti. Tapi kuat jugakla. Aku sempat tengok je.
Mana sempat nak gi sambut. Sempat terkejut
je. Sebab dia datang ke arah aku (menuju ke kawan dia) tu , jalan macam
biasa je. Tak Nampak gaya macam bakal jatuh pon. Tapi kawasan berbatu ni memang
kena alert yang sangat2 la. Budak meraung kot sakit. Kesian plak tengok. Jalan
memang tak boleh. Siap pengsan sekejap. Ade la guide tu urut2 sket. Bila dia
dah tersedar tu, guide tu bincang macam mana nak bawak dia turun ke camp site.
But the struggle was real. Sakit kot. Pastu, nak naik ke telaga 7 tadi bukan
senang sangat. Curam jugak. Banyak memanjat. But then all those guide
berpengalaman, pandai la bawak turun. Aku ngan geng perati dari jauh je. Pasal
geng dorang duk kerumun dah ramai2.
Bila dah agak okay sket, kak Na ajak memanjat ke atas lagi. MEncabar teruk nak naik. Dahla pakai selipar jepun je. Gayanya aku ni memang anak hutan, small matter haha. Padahal masuk hutan setahun sekali pon tak dapat la. Dah Kak Na kata takpe, pakai selipar jepun je. Jadi kami semua pon batai ler. Jumpe group lain kat tengah jalan dorang macam kagum melihat kami berselipar jepun “wow nek pakai selipar jepun je?”, walaupon gaya memanjat lembik je semua orang. Haha. Hebat tak weolls.
Almost 90 degree hiking. |
Sampai kat port last, takde ape
sangat. Air terjun jugak. Pastu semua macam penat, malas dah nak main air. Pastu
dalam kul 12.30 tghhr, cuaca cam nak hujan so kami bergerak turun sepantas
kilat pasai takut ade kepala air bila hujan lebat. Masa dalam perjalanan turun
tu hujan lebat jugak. Redah jela. Kena cepat. Sebab takut bila ada kepala air,
biasanya 3-4 jam jugak baru habis. Dan kami tak boleh nak cross ke campsite.
Sampai campsite, bersalin kejap
pastu lapar teruk. Dorang masak megi telur tapi selera lansung. Perut aku masih
buat hal. Tapi dapat main air, lupa kejap aku ni sakit.huhu. Pastu megi aku Pak
Chu yang habiskan. Aku? Makan roti sket buat alas perut. Selebihnya, angin jele.
Pastu, Pak Chu ade cakap yang dia
kena turun bawah petang karang sebab nak kena bawak budak yg jatuh. Malam kang
dia naik. Dia Tanya nak kirim pape tak. Aku teruss.. nak ayam boleh tak.
Hahhaa. Demand kau atas bukit nak macam2. Haha. Dia berpikir kejap, pastu cakap
tak pasti sampai kul berapa. Kang berlapar pulak. Tapi dia cakap dia ada ayam,
nanti kak Na masakkan. Ngeh3.
Hafiz pon turun petang tu jugak
sebab ade trip ke tempat lain pulak. So weolls tinggal ngan Kak Na dan Abe Baha
je. Then petang tu hujan je sampai ke Pukul 5. Kami berguling dan bergelak
ketawa jela dalam khemah. Lepas hujan benti baru group KPTM dengan budak yg
sakit tu dengan Pak Chu turun bawah. Sebelum turun sempat tinggal pesan kat aku
jangan pandang laki lain. Hahaha. He kinda make my day. Dalam trip macam ni
selalunya guide yang gila sket. kena la main peranan. Kalau tak sendu bosann
je.
Lepas solat magrib, Kak Na jenguk khemah kteorang. Pastu hulur nasi kerabu. OMG. Aaa Alhamdulillah. Barula
rasa berselera sikit. Haha. Special teruk. Lepas menikmati nasi kerabu sedaap
giler by Kak Na. Kiteorang takde aktiviti ape dah malam tu. Borak2 saja. Pak
Chu, Hafiz takde. Boring la sket. Orang lain pon ramai dah blik dah. 2 hari je.
Kteorang ni je lajak sampai ke 3 hari. Nak jadi orang kampong situ ke stay
lama2.
Nasi Kerabu! |
Around kul 9.30 malam Pak Chu dah
sampai kt Kem Baha semula. Terus jenguk kteorang Tanya dah makan ke tak.
Kteorang kat situ sampai ada orang Tanya, ‘anak sedara kak Na ke?’. Pasal semua
perempuan pastu saiz S belaka. Pastu rapat pulak ngan guide2 situ. Biasala
memang orang kampong situ. Hahah.
Malam tu kul 10.30 malam dah get
redy tido. Kat luar aku dengar Pak Chu duk bebel kat Kak Na. Budok2 ni awal
tido. Hahaa. Memang... memang kami ni masuk hutan ni nak tido je.luls
Day 3
Rutin sama jugak. Bangun subuh.
Prepare breakfast. Roti je. Tapi kak Na ade masakkan bihun goreng. Hehe. Cuma hari
ni tak tunggu sunrise la. Sebab cuaca tak okay sangat. Masih hujan. Renyai2. So
tak cantik sngat kot. Matahari pon nampak malu2 je. Around pukul 8 lebih, cuaca
dah okay sikit. Kami breakfast dekat awan karpet tu. Hari tu dah kurang orang.
So kami enjoy the space la. Amek gambar banyak2 sebelum turun. Lepas tu gi
tengok orang gelungsur kat air terjun jap. Feeling sangat duk atas bukit,
dengan bunyi air terjun. Udara segar. Peh I miss that moment. Serius tak tipu.
Rasa macam nak gi lagi. Tapi nak guide yang sama. Haha
Last gambar dalam khemah sebelum khemah ni di bungkus huhu |
Sebelum berangkut turun |
Kul 11, kami bersiap2 nak turun,
kemas2 barang semua. Pak Chu buat muka sedih sebab kiteorang nak turun. Amek
gambar pon tak nak. Ohh mengada-ngadanya. Hhahaha. Kul 12 bergerak turun. Kul 1 ptg sampai kaki bukit.
Sampai kaki bukit, ayah Yana
datang amek kteorang. Aku stay kat umah Yana dulu sehari. Rumah Yana kat kaki
bukit tu je. Tak sampai 10 minit perjalanan naik kereta. Tengah jalan tu sempat
snap gambar ramai2. Amek gambar Gunung Stong, kat atas tu boleh nampak kat mana
tempat kami camping. Stay kat umah Yana is another memory created. Ayah dia
baik giler beb. Abeh segala buah dia kait bagi aku ngan Wani makan. Share
pengalaman keje dia dulu. Cerita sejarah Gunung Stong. Sampai aku ngan Wani
siap nak nangis masa nak bertolak balik KL. Haha. Drama sis.
Alhamdulillah. Penat aku perah
otak nak ingat balik scene 4 bulan lepas. Selesai la trip hiking/camping ala
kadar kteorang ni. Aku tak expect pon benda ni akan jadi best. Memula aku just
follow the flow je. Takdela aku rajin sangat nak hiking. Niat aku cuma nak
chill2 je Which is kalau dengar hiking mana ada nak chill untuk orang yg tak
penah hiking ni. But turn out, this trip has created a great memory for me. Enjoy
the nature. Gittew.. If I have a chance, aku nak datang sini lagi. Insyaallah.
p/s: maafkan quality gambar yang agak kureng. Pasai transfer tru whatsapp. Next time kalau nak transfer better guna telegram. Better quality.