My online business??
Assalamualaikum.
Sejak ekonomi aku meleset ni, kais pagi makan pagi aku. Master tak abeh-abes lagi. Terpaksolah den mengerah sedikit kudrat untuk buat bisnes online.Hihi
Dan aku dah create akaun instagram baru untuk meniaga. Life so tough this day man! I need to be financially independent. Sementara nak ngabih thesis ni, bisnes la sikit-sikit. Sebab aku dah pernah bergaji sebelum ni, so bila tiba-tiba takde gaji ni memang macam takkan la aku nak mintak duit ngan mak bapak lagi. I won't. So I set up this small business. Here is the link haxeera
Aku tak jual banyak barang sangat. Aku suka benda cute. Aku jual macam-macam la yang aku rasa nak jual. Aku jual beg, baju, susu kambing wildan. Tapi setakat ni takde la jual collagen ke skincare ke, vitamin ke sebab untuk barang macam ni aku macam nak kena study banyak pulak. Orang mungkin akan tanya macam2, dan aku memang tak sempat la nk study segala mak nenek.
Bila buat bisnes ni, aku letak diri aku as customer. Maksudnya, dari segi harga, material, kualiti dan masa (pre-order). Aku akan fikir, kalau akula sebagai pembeli dengan harga macam ni aku akan beli ke. Kalau barang yang aku dapat tu material dia macam tu aku suka ke. and so on la.
First product yang aku try and error jual is Descendants of the sun bag (DOTS bag). Sapa suka layan cerita Korea tau la kot drama ni. Aku pon layan jugak. Heee. Tak sangka ramai yang order. Memula dapat first order dr customer via IG, peh perasaan tu macam seronoknyee. Padahal baru dapat jual 1 beg. Pastu makin ramai pulak yang order. Waa..alhamdulillah. Tak sangka sangat. Aku ni kadang negative sikit la bila nk buat bisnes ni. Kau tengok la berapa ramai yang buat bisnes same. Follower dekat 100K. Aku ni nak jejak 200 pon payah. ahaha. But then, kita kadang lupa, rezeki tu Allah yang bagi. Bukan follower. Allah yang gerakkan hati orang tu untuk beli ngan kita. BTW thanks dear customer for the experience of being a bisnesswoman. hahhahahaha. terus label diri bisneswoman.
As I mention earlier (aku guna ayat ni dlm thesis.mihmihmih), I am unemployed. Jadi buat masa sekarang, apa yang aku jual tu mostly PREORDER unless stated as ready stock. But alhamdulillah, postage agak cepat jugak. Less than a week dah sampai kat aku, then aku post kat customer. Roughly, less than 10 days. Earlier than expected la. barang mostly bukan dari Malaysia.
DOTS bag.
Material: Canvas
Color: Blue, Beige, Black, Grey
Price: RM45
PROMO PRICE : RM35 (exclude postage)
Lepas raya ni akan ada promosi untuk Park Shin Hye bag (Doctors) dari K-drama jugak. Will be 20% discount. Normal price RM49.
Doctors (K-drama) Bag.
Material: PU + Canvas
Color: Blue, Black
Price: RM49
20% Discount: RM39 (exclude postage)
Macam mana nak order? Visit my IG. Hehe. Boleh DM IG, boleh whatsapp: 0139721994.
nak tengok lain-lain product pon, silalah visit my IG. hihi
Nanti dah banyak modal sikit boleh laa jual ready stock. Beli hari ni esok sampai. weheee seronoknya. Doakan aku.
Tu jela kot nak cite. Tadi nak tulis pendek je, panjang gak jadinya. Thanks for reading. kalau ada yang nak collaborate bisnes juta-juta pon boleh bagitau aku. haha. Aku suka!
Semoga Allah redha!
Wassalam.
2 comments
Aku pun mcm ade berkenan ngn beg ko. Tp tahan nafsu kejap. Ko doa-doa la nafsu tak tertahan, ade la rezeki ko nanti. Kehkeh.
ReplyDeleteSemoga ili menghamburkan nafsunya di IG haxeera..aminnn
ReplyDeleteHahahaha 😆
=)