Seoul Part 2

by - 9:12 PM

Sambung lagi cerita Seoul. Sambung takat mana ingat la. Kat part 1 aku sempat cerita pasal naik flight dengan cari hotel je. Tak cerita lansung pasal Seoul. Haha

So, this part ceritanya hari ke 2 kami di Seoul. Macam yang dah aku bagitau, aku ngan mukhlis duk hotel yang sama. Yang lain kat hotel lain due to beberapa masalah. Haha.

Ikotkan plan nak jalan sama ngan dorang la, tak tahu macam mana jadi, jadi jalan asing plak pagi tu. Hasanah demam kot. So aku ngan Mukhlis jalan ikot tourist guide (kawan Muklis). Dia penah datang Malaysia sebelum ni, so Mukhlis ade mintak tolong bawak. Tak bayar pon. Hihi. Tapi dia ada bawak sorang tourist dari Taiwan. Kami menumpang saje. Tourist Taiwan tu dah 7 kali datang Seoul. Tapi tak penah sekali pon dapat merasa salji. Dan aku pon tak paham kenapa mesti nak datang Seoul sampai 7 kali.Haha. Orang tu tak berapa friendly, so automaticly aku pon jadi tak cakap banyak la.

Since dia dah datang 7 kali, this time dia nak guide tu bawak dia tempat yg bukan tarikan pelancong. Myeongdong, namdaemun, Nami island tu semua dia explore. Jadi, sampailah kami kat tempat tu. Unfortunately, aku memang lupa sangat apa nama tempat tu. koh koh. *google jap*

Ok, nasib baik jumpe, namanya Tongin Market, dekat Gwamhamun. kawasan situ kira tradisional market kat Seoul. Nak beli makanan kena tukar dengan token yang macam duit lama korea.

tteokbokki ni sedap giler. Nyesal pulak amek sikit

Lepas makan, dia bawak gi street kedai-kedai lama. Kedai tu dah buat muzium kot. Ada satu kedai tu IU (penyanyi famous kt Korea) penah buat pengambaran music video. Eksaited dia bagitau aku. Tapi aku bukan peminat fanatik korea. haha. tapi nasib baik aku kenal la sapa IU tu, pernah tertengok kat Running man. Comey giler budak tu. haha. Then pegi tempat air terjun lama. ohmai belasah je air terjun lama, aku tak ingat sebenarnya.

Ada macam air terjun tak? aku serius lupa.

Lepas dari situ, aku ngan Mukhlis decide nak jalan sendiri dah la. Rase macam bosan plak nak ikot deme. Kami first time kat Seoul. Harusla nak gi kat tourist attraction dulu. Then berpisah kat situ, pastu terus kami gi Gyeongbokgung. Malangnya hari Selasa Gyeongbokgung tutup. Amek gambar depan pagar jele.

Musium ni sebelah je Gyeongbokgung Palace tu. Masukla kejap, pastu bosan.

Penatnya nak cerita semua. 2nd day aku jalan ngan Mukhlis je, gi makan kat Itaewon. Pastu jalan bersepah, explore sahaja. Kami kan seminggu situ. Pegi tempat2 shopping. mana-mana la yang rasa nak singgah.

Eh, pegi jalan ke pegi konference? ha, the third day baru g konference. Jauh jugak Seoul time square tu. Setengah jam by train dari hotel. Bangun lambat pulak tu. Haha. Zul (husband Syifa) risau. Zul adalah orang yang perlu risaukan semua orang. hahaha. Pasal semua orang jalan suka hati je. Jadi Zul la yang paling teliti dalam ramai2.


Konference tu tak best sangat. Bosan. Peserta tak ramai. Nak jumpa orang yang buat research dalam field sama memang takde. Teralu general.  Ada biologi, ade kimia. Eh tetiba ada jugak bussiness. Kata conference science. Entah, maybe diorang gabung buat setempat kot. Kesimpulannya, tak best. Peserta-peserta pon buat hal sendiri dengan geng masing-masing. Boring.

Pastu jalan cari makan. Part makan ni, yang restoran halal muslim aku tak bernasib baik sangat. Rasa biasa jela, boleh makan untuk hilangkan lapar. Makan nasi arab, kebab turki, Muree restaurant (Itaewon), Nasi goreng seafood - Yoogane (Myeongdong), Ikan bakar dan sotong spicy- Gosame restaurant (Sinchon). Yang 3 restaurant yang first tu semua muslim punya. Yoogane ngan gosame tu kami makan seafood jela. Ohh sedap gilos. Baru ni ade kontrovesi pasal restaurant Gosame, tapi dah di clearkan. Tapi sapa yang tak yakin tu tak boleh la makan ye. Hihi. Street food dia yang aku beli semua macam sedapnya. Selalu aku ni jenis yang ok boleh la, tapi makan kat sana rasa sedapnya semua. Tapi aku xingat nama la. Kuih bentuk ikan tu (3 utk 1000 won), Roti telur sedap! (1000 won), fish cake (2 cucuk 1000 won).





Depan Gyeongbokgung Palace. Kami gi lagi sekali sebab hari tu tutup.

Gosame Grill Fish, Sinchon




Nami Island lagi.

Perkampungan lama korea (kerabat raja). Dah jadi muzium. 

nami Island
 Hahaha. Aku main tepek gambar je. Panjang sangat nak cerita. Banyak tragedi jugak la. Tapi simpan sendiri jela.

Kecewa pulak sebab tak jadi pegi ski. Semua dah start demam, batuk. Mukhlis decide nak gi sorang. Tapi tak jumpa bas pulak. Rasa bersalah pulak sebab tak teman dia plus rasa rugiiii pegi time winter tapi tak jumpa salji. Pasal pasni aku tak nak jalan time winter dah. tak tahannnn.

konklusinya, total bajet aku plus minus [RM 2000 (tukar duit) + RM1000 (tiket)]. Total up RM3000. Hotel dengan yuran konference sponsored . Macam jalan pakai duit sendiri semua jugak. Haha



You May Also Like

2 comments

  1. Habis dah kot. Aku dah tak ingat banyak benda. Januari lagi kot. Nak cite panjang nnti aku cite kat ko..haha

    ReplyDelete

=)