Speak GOOD or remain SILENT.
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
"Tidak istiqomah iman seseorang sebelum istiqomah hatinya, dan tidak akan istiqomah hatinya sebelum istiqomah lisannya"(HR Ahmad).
Mulut tu sumber dosa, sumber pahala jugak. Tapi kalau tak dikawal, banyaknya yang jadi penuh la buku tiga lima kat bahu belah kiri. Senget sebelah la bahu jawabnya. Astaghfirullahalazim.
Hidup hari-hati memang deal dengan banyak hati hati manusia lain. Memang la, nak jaga hati semua orang memang tak terjaga la. Semua bergantung niat. Kita niat nak cakap benda baik, kita yakin ape yang kita cakap tu memang untuk kebaikan dan tak melukakan hati orang. Cukup. Yang sselebihnya, berdoa pada Allah diampunkan dosa kita yang tak sengaja jadi, atas kelalaian kita.
Kalau ikotkan diri aku sendiri, aku memang type2 yang sensitif giler berkaitan mulut ni. Sangat taw! Aku tak boleh orang tinggi suara. Aku tak suka orang suka sentap2. Aku tak suka orang bangkang aku tak tentu pasal. Jadi sedaya upaya la aku tak buat kat orang apa yang aku tak suka orang buat kat aku. Sedaya upaya yang aku mampu la. Kalo takde bende baik aku nak cakap memang aku diam je. Selebihnya aku banyak bergurau2. Pum pang pum pang buang masa. huhu. Masalah gak tu. Ah. Erat silaturahim whattt.
Lagi, tak suka betul perkataan 'untungla' yg jadi trend muda mudi masa kini. Lagi kalo akula penerima 'untungla' tu. Contohnya, kadang aku nak share kegembiraan aku ngan kawan2. Beriya cerita. Seronok la konon. Tetiba respon kawan tu ape? 'Untungla'? Aku memang tak berapa paham la the exact meaning for this word. Tapi ape yang aku boleh define ia macam puji dalam perli dengan nada jeles. Like what the hell to get jealous here? Terus rasa takde mood. AKu takdde masalah kalo nak pakai word tu, kalau tu buat kau rase trendy plus cool sangat. Mungkin kadang sebut tu saja2 je. Takde maksud pon. tapi tengok tempatla kan. Kadang ia bermaksud jugak.
Aku tahu dalam aku tak sedar ramai jugak yang sakit hati ngan aku. Aku mintak maaf pasal tu. Tak sengaja. Tapi kadang ade jugak yang sengaja. Sebab dorang mula dulu. Hahahaaha. Sorry for that. Aku memang tak terkawal sket.
Apa-apa pon berhati-hatilah dengan pilihan perkataan yang nak kuar dari mulut tu. Kadang sepatah je yang keluar, tapi melekat lama je kat hati. Pedihh je. Huhu.
Semoga kita dilindungi dari perbuatan yang mendatangkan dosa atau mengurangkan pahala. Rugi taw. Pahala dah tak seberapa, bagi kat orang pulak (mengumpat) pastu dosa bertambah2. Penting jaga hubungan kita dengan Allah, tapi jangan lupa hidup kita sesama makhluk atas dunia ni. Itu pon termasuk dalam amalan yang tertulis dalam buku catatan malaikat kiri kanan.
Pantai Permai. 130913. Jumaat. 2159.
2 comments
Komen takde kaitan dengan entry.
ReplyDeleteSaye suke layout awak 2 hari sebelum ni. Mane dapat? Hahaha
Yg 2 hr sblm ni pon dr provider yg same. Tp yg tu xkuar tmpt komen. Malas nk godek2. Tukau le yg ni.hehe. Kt ipietoon blogger template
ReplyDelete=)