I’m in a complete nightmare at the moment. It feels like hiding inside my blanket all day long. So that I don’t have to expose my nightmare skin to anyone. Allah, how insecure I am right now. Post ni akan panjang giler. Nak pendek baca yg last skali je. Haha
Recap in my whole life journey to find the right skincare, I only started using skincare after I graduate from UKM. I have a serious skin condition to the extent that, kau jalan2 kat kedai2 then tetiba orang yang tak jual skincare pon boleh promot kau suh beli skin product due to my worst skin condition. Masuk farmasi, tak tanya lagi nak apa, terus offer ubat parut. Harem! Tapi aku biasa la, selalu rasa aku okay je. Hahahaa. Tak tak, I noticed how badass my skin is. But I could not find the right solution to overcome those pimples, pigmentation and the ultimate dry and super sensitive skin. Dah tak jumpa skincare yang sesuai untuk baiki muka, takkan la nak duk bawah selimut je. Lantakkanlah deme nak cakap apa. Haha. Life goes on. Gitu. How ignorance I am.
As far as I can remember, I used to use cetaphil cleanser. Cetaphil working well on controlling my skin from becoming worst. It really help cleanses my face in a sense that it will not promote the growth of new pimples (sebab kulit bersih la kot). However, I must be extra patient using this because there were no significant visible effects seen after 2 weeks. Aku pon tak perasan apa kebaikannya melainkan dia membersihkan muka aku. It just that, long after that one of my friends asked me, ‘what did you do to your face? It looks better. The scars is almost gone’. Bytheway, scars was only lighten not gone. But then, as far as I can remember, I only use cetaphil. I mean consistently. There were few other product that I use occasionally like Neem’s Face Mask by Himalaya. This one was good too. But I am using this overnight that it’s drying my skin. Still, this one is good but don’t use overnight. Muka jadi macam kertas pasir. Especially my skin type ler. And I use safi moisturizer too. It did help turning my dull skin to a better conditions.
My skin was okay but I am not satisfied. Cetaphil actually does not really help to cure pimple. It did cleans and rest my skin but not really recovering when new pimple pop out. Pimples can easily pop out due to the weather, my emotion weather as well, hormones of course and other that was not under my control lah. Scars was here and there oso. Back then in 2013, I tried online local product. This is my first time ever I bought local product. SF beauty product. At that time, there were not much awareness about dangerous ingredient product and produk timbang kilo. Muka aku helok giler kot masa ni. Putih, lembap dan takde jerawat. Hot stuff la wei. Haha. Then after that come the rumors about this SF beauty. Ada merkuri pulekk. So I stop. Then muka aku mula meneruk. Dull, super dry skin, pimples easily come out. Dulu jerawat tak pernah tumbuh kat pipi, now dengan sewenang-wenang mak limahnya dia tumbuh. Aku cuak la. Aku beli sabun collagen. Online jugak. Yg tu lagi tak leh pakai. Tak membantu lansung. Pastu aku try Dnars skincare. Harem jugak la. Muka aku dah macam opera cina. Merah dua2 pipi aku. Stop. Yg tu pakai sket je. Dah la mahai. Lepas tu, kawan aku suh try Vitamin E&C. Aku tak berani mana la tapi dia cakap kena beli yang original. Banyak produk tiruan. So aku beli la kat tempat aku pecaya. Pakai ni okay giler. Rasa macam cun giler la masa tu. Hahaha. But then, keluar berita lagi, vitamin C&E ni antara nama2 awal la produk yang kena blacklist. Tak kira ori ke tak, memang blacklist! Ting! Aku stop la. Jangan nak cantik badan pulak sakit2. Stop tu, aku tak ingat dah aku try ape. Berenti pakai ni opkos muka buat hal laagi. Fobia kot nak try local product lagi. Penah jugak try Nour Ain. Kurang kontrovesi tp masih ada ura2 ada bahan terlarang. So aku tak repeat la lepas habis satu set tu.
Pastu, aku dah hati2 sket. Itu zaman semua nak jadi founder. Produk timbang kilo. Skang dah banyak kesedaran, jadi dah takde sangat kot. Atau aku memang memandang sepi produk2 macam tu. Pastu, ramai yang buat produk dari bahan organic. Minyak zaitun, lavender. Aku ada try jugak. Nurayssa. Okay la, tapi aku lupa kenapa aku tak teruskan. Ke sebab xde duit.kahkahkah *nangis*. Tapi lepas tu ade kluar produk baru lagi. Mary Jardin. Nampak meyakinkan. Founder dia medical Doc. Product dia based on organic and mostly lavender. Aku beli weh. Tak murah weh. RM165 per set. Itu pun promo. Tapi sama jugak, muka aku tak nak bekerjasama. Pastu, aku macam baru perasan. Kulit aku ni macam tak berapa ngam dengan oil based product. Clay mask dia tak best lansung. Macam lekat hitam2 dalam pores aku. Alahh benci. Sabun dia okay tapi utk harga jual RM45 aku rasa too much. Minyak dia yang konon works wonder tu works hell on me. Haha. Ni bukan la nak bagi bad review, but it just did not work on me. Macam tu. Skang, roommate UKM aku dulu dah buat produk sendiri jugak. Dia chemist yang keje kat company cosmetic. Organic produk. Murah je. Sabun dia je baru RM 13. Serum pon tak lebih RM 50 tak silap. House of Nature. Boleh cari kat FB or IG kot. Cumanya aku tak berani nak try dah. Sebab almost sama macam Mary Jardin. Takot kulit aku tak ngam.
Hmm..lagi, aku penah try Mary Kay jugak. Dulu 2015. Sebelom agen Mary Kay promot baik aku bagitau dlu.hehe. My skin condition before almost like my current skin condition. Aku habis about RM500. Aku amek botanical effect set n malacep serum. Hmm membakar duit nama dia. Tak membantu pon. Tak suka. Tak de la terlalu teruk tapi itula tak membantu sangat. Kulit aku masih dull macam tu jugak.Aku pakai dalam 5-6 bulan jugak. Harga macam nokharom mahaii. Again, ini Cuma kesan dia terhadap kulit aku, kulit orang lain aku tak tau.
Pastu sepanjang aku stop skincare, aku pakai je cetaphil balik. Tak tahu nak pakai ape. Masa okay tu okaylah. Masa kulit problem mulalah gelabah ayam cari produk. Tapi dah elok sket aku pakai je cetaphil balik. Sebab setakat ni cetaphil tak buat hal ngan kulit aku. Tak nak pakai pencuci muka lansung kang jadi benda lain pulak. Pastu, aku baru cuba2 pakai sunscreen. Bila dah start pakai sunscreen tu memang ramai tegur kulit aku nampak sihat. So aku teruskanlah hari2 pakai sunscreen je ngan bedak ngan lipstick. Malas nak fikir cari produk baru. Happy enough, walaupon masih berparut. Tapi, good enough. Aku tengah berkira-kira nak beli ubat parut la ceritanya
Kusangkakan panas hingga ke petang, tapi tak masuk zohor lagi wei, dah hujan mencurah-curah. Cerita sekarang, aku tak tau muka aku dah kenapa. Elergik ape. Tak tahu. Sampai ke mata pon lebam. Hari tu dah amek ubat, dia okay sket. Balik KL, menjadi bali. Aku sambung ubat yang sama tapi sudah tidak mahu bekerjasama lagi. Aku Ubuntu. Makan dah kawal. Air dah minum. Pakai sunscreen pon tak guna. Apa lagi mahu kamu sih?!
Semalam aku korbankan kaki pusing2 mid valley cari bahan untuk mengubat luka di hati dek kerana muka yang tak semenggah ni. Aku g Innisfree, Loccitane, Kiehls, Clinique, Melvita. Ni je yg mampu. Amek sampel sket. Try sana sini. Hari ni aku pakai tester Kiehls dulu. Rasa macam okay. Tapi baru sehari. Nak kata apa? Sabar jela dlu. Sample ni boleh la bertahan 3-4 hari. Kalau ade sedikit penambahbaikan, maybe I will go for kiehls. Tapi Melvita argan oil pon macam okay jugak. Eh berbelah bahagi pulak.huhu. Nantilah aku fikirkan. Next week baru decide.
Cerita aku ni tak de jawapan yang pasti lagi untuk skincare regime. Doakan la aku supaya sihat sentiasa dan gembira. Dan berjumpa skincare yang sesuai. Klo nak suggest pape pon bolehla komen.kui3, sape tah baca blog aku selain nurul.hahaha
Sekian bebelan dari sis yang masih dalam kemurungan. Belom berjumpa kegembiraan 2018.
*kekonon nak cakap omputih, tapi awal2 je. English macam harem jugak ni. Sis tak cukup vocab. Ampunkan sis. Nak prektis la kunun gituu.