Post awal tahun

by - 12:27 AM

Assalamualaikum. Hai. Bertemu lagi kita ya. Biasala, memang selalunya blogpost akan naik awal tahun je. Semangat tahik ayam macam tu. Pui


intro. hahaa

Happy new year la uolls. Alhamdulillah, setakat 3 hari di 2018 ni hidup aku indah je. Sikit pon takde kemurungan. mihmihmih. Btw aku skang berehat kat kampung. Tak sangka la, beza betul duk KL ngan kampung. Environment sah sah beza. Selain environment, aku rasa mental health aku adalah sangat baik bila kat kampung. Kali ni.. Sebelum ni rasa biasa je. Ntah. Mebi sebab aku stress sangat kot kat KL. Pale hotak yang stress dah membawak kepada tubuh badan yang tak sihat. Hmm, papepon Alhamdulillah untuk nikmat ketenangan ni selepas kekusutan di KL. Semoga bila balik KL aku dapat betulkan segala kekusutan dan menghadapi dengan tenang dan sangka baik. Amin..amin.

So far aktiviti kat kampung banyak mengangkang je. Makan tido. patotla tenang sangat. Haha. Aku balik kampung memang dalam umah jela. Hari-hari fikir menu apa nak makan. Hari ni sup tulang, esok nasi dagang, lusa nasi kerabu. Basically my routine so far in 2018. Opkos aku kena manfaatkan masa skang. Sebab dalam doa aku, on Feb 2018, aku dah berkerjaya tapi apply  keje satu dua je.. Amin. 

My summary of 2017 was so stagnant, negative, lonely and lame. I'm feeling empty liddat. Pastu taahun ni la paling banyak sakit2 starting from March 2017 sampai skang. Cuma skang okay sikit pasal tengah berehat kat kampung. Berapa kali ulang alik hospital klinik. Sampai doktor kat klinik cam dah muka aku. Aku pon tak tahu, macam mana cara nak buat diri aku happy (in my current condition). Old, dumb and broke. Kawan nak chill2 pon takdak. Sedih! hahaa. 2017 was so black and white. Tahun kemurungan aku. So aku takdak apa nak update kat blog selalu. Padahal time ada benda nk update duk tangguh-tangguh sampai lupa nak update apa.haha

Sempena 2018 ni, aku cuma nak mengubah hidup aku menjadi lebih positif. Positif  dan hidup lebih berwarna warni gitu. Selama ni aku selalu rasa aku positif, tapi sebenarnya tak. Mulut aku je cakap takpe, hati aku menyumpah (on certain circumstance). So aku nak ubah ni. Positif dengan diri sendiri. Positif dengan dunia sekeliling. Dalam kata lain, aku punya ulimate goal ialah untuk jadi lebih bahagia.

So good luck untuk hidup aku yang lebih bahagia di 2018. Boleh mula berbahagia sekarang la. Skang kan 2018 dah. 

Puas dah bebel. Bye!



You May Also Like

1 comments

  1. Fighting Hazierah! Kalau memerlukan kawan untuk chill2 bagitau lah. Kalau tak malas, boleh kita berjimba. Haa gitu kawan dikala kesenangan je.

    ReplyDelete

=)