Ruang membebel!
Ehem..ehem. Sebagai seorang yang kuat membebel (dalam hati),
opkos aku rindu giler nak membebel kat sini. Penat ah membebel dalam hati.
Mesti kena luah, kalo tak sakit jiwa. Nasib baik ade tumblr yang konsep luahan
perasaan dia lagi senang sket dari blogspot. Reblog..reblog..reblog. Senang! Jadi,
Alhamdulillah jiwa ku masih sihat. Kui3 :P
Aku ni kira banyak social media network. Tapi non hado la nk
peramah sangat kt semua tempat2 tu. Aku ade FB, twitter, Instagram, blogspot,
tumblr..ohh ape lagi?? Bende2 ni Cuma jarang2 aku nak melepaskan perasaan and
men‘stalk’ profile2 orang lain untuk perkembangan semasa. Cewwah! Yela, xsempat
nak tanye kabar sume kawan2 satu2. At least aku ade access internet social
network ni aku taw la perkembangan kawan2. Sedara mara. Skandal2..Eh?
Facebook
Aku ade lebih seribu friends kt FB. Penggunaan FB ni memang
berkadaran dengan umur la aku rasa. Aku start ada FB mase 2nd year
degree kat UKM. Memula tak nak buat, ejen Yahudi. Kah3. Tapi memang aku banyak
ketinggalan la bila takde FB ni. Kat Malaysia, mostly berita memang paling
cepat tersebar kat FB. Jadi, dlm 2009 or 2010 aku stat . Dah ada FB jadi
addicted la jugak. Aktif mengadd fren. Kenal gitu2 pon nak add. Bosan la FB xde
kawan. Time tu aku rajin jugak la update status, kata2 nasihat, luahan perasaan
(pehh). Suka share ape yang aku suka baca2 kat internet, menarik je share.
Quotes2 sume share. Dulu la. Abeh degree, dah slow sket.. Masih aktif. Tapi underground.
Mesej2 dan stalk2. Sampai skang, lagi slow. Rasa macam nak keep my private life
private. Bukan artis sume bende nak kena bagitau. Orang pon menyampah. Skang
kalo ade pon update gambar profile pic je. Tu pon klo ade yg cantik. Jenis2 tak berapa fotogenik macam aku ni payah nak dapat
gambar super cute. Cute sket kena la up saham sket. Hahaha. Nasib baik tak
berapa cute, klo dok sakit mata fren2 kt FB. Arghhh..takleh terimanya kalo aku
ni jenis selfie tempek gambar merata2. Ohemmjiii. Alhamdulillah atas kurniaNya
yg sederhana. Wah3. Nak muntah plak baca balik.
Jadi gitula ceritanya kat FB. Mostly stalk orang je. Ah,
jumpe jodoh pon kat FB (tak kawin lagi, tapi insyaallah mungkin dialah jodohnya
ye..doa2kan J).
Kes ni, dia yang stalk aku. Tula, kuat sangat stalk orang. Tapi insyaallah dia
baik2 saje. Macam aku (hahhh!!tangan ke bahu). Luahan perasaan di FB? NO NO NO
NO~~~
Twitter plak..
Memang tak ramai follower pon. Kenapa tah bukak akaun
twitter. Mungkin rase macam remaja sket. Twitfamous? Hahha. Takde life bebudak ni. Tengah berak pon nak
bagitau. Tak bertamadun betol. Aku rasa twitter ni hanya sesuai tu artis je.
140 words je setiap tweet. Mane lepas nak membebel, kalo membebel pon jadi
bersiri2 jugak. Dan twitter ni jarang la org on melalui web, slalunya via
handphone la. Selalunya setiap kali aku stress, bengkek, sedih, happy..on the
spot aku akan tweet. Paling cepat skali nak melepaskan perasaan. Ini tak bagus
sebenarnya, sebabnya lepas aku marah2 slalunya aku akan delete. Nyesal plak
tweet tadi. Haha. Ini mengaibkan aku. Tapi twitter better than FB klo nak
mengamuk. Takde follower sgt. Tapi still rase taak bertamadun lepas melepas
perasaan. Medan bermesra kawan2? No. Kawan yg slalu duk reply pon cuma nurul,
zurina, ili n mija. Whatsapp lagi cepat. Kemon..twitter so last year la. Skang
kekerapan mungkin 2 minggu skali.
Instagram.
Instagram ni kire up to date la skang. Aku suka tengok2
gambar. Pastu nak beli2 online banyak update kat Instagram. Aku aktif jugak
insta, tapi macam FB, aktif secara underground. So far aku happy je dengan
insta.
Tumblr
Yes, I’m so happy with u tumblr. Aku suka follow tumblr yang
suka bagi kate2 motivasi, pengisian rohani, perkongsian rasa, gambar2 comel,
gambar2 menarik. Kat tumblr ni memang ramai yang jenis memendam perasaan macam aku. Tapi dorang semua takdela
meluah perasaan secara direct. Marah2 direct. Takde. Mostly jenis yang berseni,
sastera sket. Ayat2 dorang menyenangkan. Kadang apa yang dorang luahkan tu
macam mewakili ape yang aku rase. So tu la fungsinya reblog. Most of the time
aku banyak reblog je. Jarang post sendiri. Tak berapa nak puitis la. Tapi
seronok. Baca2 kat tumblr rasa macam terpujuk, termotivasi, kadang tergelak. I
love tumblr.
Blogspot
Last skali blogspot. Aku start ade blog ni sebab aku jadi
exco persatuan (exco IT). Ni yang memaksa aku untuk belajar buat blog ni. Awal2
dlu blog sekadar2 je. Lagipon macam yang aku cakap, xberapa puitis, xberapa nak
ada idea. Aktif lepas abeh degree kot, masa ngah parktikal SONY. Yela, mase tu
free je. Balik keje, klo tak tidur ape lagi aku boleh buat. Blogspot ni seronok
tapi selalunya ada masa free dan memang lex2 je macam skang baru aku post. Dah
siap satu keje kan..boleh la melagha. Gittew.
Setakat ni, ni la social network (SN) yang aku ada skang. Lain2
tu klo ade fake profile la tu. Retiss kau ade fake profile :P. And I so
tengkiyu la to those SN, adenya bnde2 ni semua kadang2 boleh buat aku lari dari
manusia di alam nyata ini. Ah sesungguhnya ku memang sudah hilang percaya pd
manusia sekeliling. Ohhh..aku tak percaya (baca macam liyana jasmay). Boleh la
lari kejap, tapi takdenya nak hidup dengan social network ni je.haha. Se annoying
annoying manusia mestilah kena jugak berhubung dengan makhluk sejenis. Kemon.. get a life.
0 comments
=)