June 2014 - Dear Haxeera,

15 June 2014

Ruang membebel!
Ehem..ehem. Sebagai seorang yang kuat membebel (dalam hati), opkos aku rindu giler nak membebel kat sini. Penat ah membebel dalam hati. Mesti kena luah, kalo tak sakit jiwa. Nasib baik ade tumblr yang konsep luahan perasaan dia lagi senang sket dari blogspot. Reblog..reblog..reblog. Senang! Jadi, Alhamdulillah jiwa ku masih sihat. Kui3 :P

Aku ni kira banyak social media network. Tapi non hado la nk peramah sangat kt semua tempat2 tu. Aku ade FB, twitter, Instagram, blogspot, tumblr..ohh ape lagi?? Bende2 ni Cuma jarang2 aku nak melepaskan perasaan and men‘stalk’ profile2 orang lain untuk perkembangan semasa. Cewwah! Yela, xsempat nak tanye kabar sume kawan2 satu2. At least aku ade access internet social network ni aku taw la perkembangan kawan2. Sedara mara. Skandal2..Eh?

Facebook

Aku ade lebih seribu friends kt FB. Penggunaan FB ni memang berkadaran dengan umur la aku rasa. Aku start ada FB mase 2nd year degree kat UKM. Memula tak nak buat, ejen Yahudi. Kah3. Tapi memang aku banyak ketinggalan la bila takde FB ni. Kat Malaysia, mostly berita memang paling cepat tersebar kat FB. Jadi, dlm 2009 or 2010 aku stat . Dah ada FB jadi addicted la jugak. Aktif mengadd fren. Kenal gitu2 pon nak add. Bosan la FB xde kawan. Time tu aku rajin jugak la update status, kata2 nasihat, luahan perasaan (pehh). Suka share ape yang aku suka baca2 kat internet, menarik je share. Quotes2 sume share. Dulu la. Abeh degree, dah slow sket.. Masih aktif. Tapi underground. Mesej2 dan stalk2. Sampai skang, lagi slow. Rasa macam nak keep my private life private. Bukan artis sume bende nak kena bagitau. Orang pon menyampah. Skang kalo ade pon update gambar profile pic je. Tu pon klo ade yg cantik. Jenis2 tak  berapa fotogenik macam aku ni payah nak dapat gambar super cute. Cute sket kena la up saham sket. Hahaha. Nasib baik tak berapa cute, klo dok sakit mata fren2 kt FB. Arghhh..takleh terimanya kalo aku ni jenis selfie tempek gambar merata2. Ohemmjiii. Alhamdulillah atas kurniaNya yg sederhana. Wah3. Nak muntah plak baca balik.

Jadi gitula ceritanya kat FB. Mostly stalk orang je. Ah, jumpe jodoh pon kat FB (tak kawin lagi, tapi insyaallah mungkin dialah jodohnya ye..doa2kan J). Kes ni, dia yang stalk aku. Tula, kuat sangat stalk orang. Tapi insyaallah dia baik2 saje. Macam aku (hahhh!!tangan ke bahu). Luahan perasaan di FB? NO NO NO NO~~~

Twitter plak..

Memang tak ramai follower pon. Kenapa tah bukak akaun twitter. Mungkin rase macam remaja sket. Twitfamous? Hahha.  Takde life bebudak ni. Tengah berak pon nak bagitau. Tak bertamadun betol. Aku rasa twitter ni hanya sesuai tu artis je. 140 words je setiap tweet. Mane lepas nak membebel, kalo membebel pon jadi bersiri2 jugak. Dan twitter ni jarang la org on melalui web, slalunya via handphone la. Selalunya setiap kali aku stress, bengkek, sedih, happy..on the spot aku akan tweet. Paling cepat skali nak melepaskan perasaan. Ini tak bagus sebenarnya, sebabnya lepas aku marah2 slalunya aku akan delete. Nyesal plak tweet tadi. Haha. Ini mengaibkan aku. Tapi twitter better than FB klo nak mengamuk. Takde follower sgt. Tapi still rase taak bertamadun lepas melepas perasaan. Medan bermesra kawan2? No. Kawan yg slalu duk reply pon cuma nurul, zurina, ili n mija. Whatsapp lagi cepat. Kemon..twitter so last year la. Skang kekerapan mungkin 2 minggu skali.



Instagram.



Instagram ni kire up to date la skang. Aku suka tengok2 gambar. Pastu nak beli2 online banyak update kat Instagram. Aku aktif jugak insta, tapi macam FB, aktif secara underground. So far aku happy je dengan insta.

Tumblr

Yes, I’m so happy with u tumblr. Aku suka follow tumblr yang suka bagi kate2 motivasi, pengisian rohani, perkongsian rasa, gambar2 comel, gambar2 menarik. Kat tumblr ni memang ramai yang jenis memendam  perasaan macam aku. Tapi dorang semua takdela meluah perasaan secara direct. Marah2 direct. Takde. Mostly jenis yang berseni, sastera sket. Ayat2 dorang menyenangkan. Kadang apa yang dorang luahkan tu macam mewakili ape yang aku rase. So tu la fungsinya reblog. Most of the time aku banyak reblog je. Jarang post sendiri. Tak berapa nak puitis la. Tapi seronok. Baca2 kat tumblr rasa macam terpujuk, termotivasi, kadang tergelak. I love tumblr.

Blogspot

Last skali blogspot. Aku start ade blog ni sebab aku jadi exco persatuan (exco IT). Ni yang memaksa aku untuk belajar buat blog ni. Awal2 dlu blog sekadar2 je. Lagipon macam yang aku cakap, xberapa puitis, xberapa nak ada idea. Aktif lepas abeh degree kot, masa ngah parktikal SONY. Yela, mase tu free je. Balik keje, klo tak tidur ape lagi aku boleh buat. Blogspot ni seronok tapi selalunya ada masa free dan memang lex2 je macam skang baru aku post. Dah siap satu keje kan..boleh la melagha. Gittew.

Setakat ni, ni la social network (SN) yang aku ada skang. Lain2 tu klo ade fake profile la tu. Retiss kau ade fake profile :P. And I so tengkiyu la to those SN, adenya bnde2 ni semua kadang2 boleh buat aku lari dari manusia di alam nyata ini. Ah sesungguhnya ku memang sudah hilang percaya pd manusia sekeliling. Ohhh..aku tak percaya (baca macam liyana jasmay). Boleh la lari kejap, tapi takdenya nak hidup dengan social network ni je.haha. Se annoying annoying manusia mestilah kena jugak berhubung dengan makhluk sejenis.  Kemon.. get a life.