November 2013 - Dear Haxeera,

23 November 2013

Pulau Sibu - Oktober 2013

Assalamualaikum.

Nak update. Nak update. Hahaha. Lama dah nak update, tak nyempat. Busy la kekonon kaahaann...Dari tadi nak update,nak update, bende ntah. Ni kisah yang berteaser bagai tuh. Kena update skang, lepas sebulan kompem lupe dah. hehe.

Kami plan nak ke Pulau Sibu ni dah agak lama sebelum the actual date kami berangkat (5 Oktober 2013). Ade la dalam 2 bulan lebih dah beli tiket kat Groupon tu. Ahha, FYI kami amek pakej kat Groupon. Ikotkan dalam hati tak terfikir pon nak pi Pulau Sibu ni. Kewujudannya pon memang aku tak berapa sedar. Tapi memandangkan kami nak sangat2 pergi bercuti kat Pulau, so I present to you........jeng jeng jeng!


Pulau Sibu, Mersing, Johor.

Ah. Cari-cari gambar takde pulak gambar pulau ni je tanpa kami. Hahaa. Ini je yang ade. Boleh la boleh laa.. Cantik tak?? Ni tak edit pon.

Groupon ticket

Nilai voucer ni yang sebenar RM630.00 tapi yang ni ade diskaun so bayar RM398.00 untuk 2 orang. Cover bilik 2D1N, breakfast, snorkelling dan return ferry transfer. Murah la kot rasanya, return ferry transfer harga biasa RM70 per person.

Bila sebut Pulau Sibu je, mostly orang ingat kami nak pi Sarawak. Salah ye, salah. Bagi peta sket...

Kami bertolak 4 Oct (Jumaat) malamnya, kul 2 pagi bertolak. 1 kete gerak dari KL. Aku, Ain, Fatin & Kak Hajar. Lagi 1 kete gerak dari Senawang (Kak Nana, Kak Piqah, Kak Ema & Kak Syaz). Kete lagi satu ni kawan2 kakNana sume. Tak penah kenal pon. Tapi no problem punye, kami semua peramah.heeee. Kami gerak dr KL-Seremban-Air Hitam-Kluang-Mersing-Tanjung Leman. Kat Mersing tu kalau dah nampak ade signboard Tanjung Leman, amek Tanjung Leman je, lupakan Mersing. Masa perjalanan lebih kurang 6 jam lebih termasuk berenti solat and breakfast.

Jalan ke sana memang kena lalu felda yang sangat amat panjang bagi aku. Even aku bukan drebar tapi rasa sangat la lamanya. Menanti sinar harapan tu kuar dari felda T__T. Kuar kawasan felda terus nampak ade kedai makan, isi perut jap. Roti canai pon sodap.nyum nyum. Lepas tu terus lagi perjalanan lebih kurang 15KM (kalau tak salah), pastu dr jalan besar nak masuk ke Jeti tanjung leman 28KM. Kami sampai sana dalam kul 9.30 pagi. Feri ke Pulau Sibu Tengah ni 2 kali je sehari. 11.30 pagi dan 4.00 ptg. Pilihla. Kami amek kul 11.30 pagi, sebab tu kena bertolak awal pagi. 2D1N je kot.


Parking kat Jeti ni selamat, jangan risau. Ade guard, dalam kawasan berpagar. Parking RM4 sehari. Sini ade KFC kalau lapar lagi. heee.
depan jeti
aku lompat paling tinggi, nak tunjuk aku la paling ringan..walaponnnn...hahahaa
We'olls without Kak Syaz
Kul 11.30 pagi naik feri ke Pulau Sibu Tengah. Perjalanan lebih kurang 20-25 min. Feri dia biasa2 jela. Boleh la nak sampai pulau tu. Hehe. Tak kisah sangat la, asal sampai sudehh.


Sampai!!
Kami sampai sana dalam pukul 12 tengah hari. Sampai sana kami disambut dengan lagu 'Selamat datang ke Pulau Sibu". Tu kot tajuk lagu dia.hehe. Memula gi check in dulu la. 

Ini bilik kami & view dari bilik. Boleah tengok laut dari bilik hockeyy!! Bayar murah, boleh view laut. Puas hati ye :). Kami amek bilik deluxe. 8 orang, jadi 4 bilik. Sume sebelah2. Boleh hai2 dengan rakan2
Aku agak berpuas hati dengan bilik. Yela, berapa sangat aku bayar for 2D 1N. Bilik lengkap dengan aircond, tv, telefon, water heater, view pantai. Jadi, OK! Kami bayar RM199 per person untuk pakej return ferry, breakfast,snorkeling n resort. Berbaloi2 rasanya.

Ini pon view dekat dengan bilik jugak!
                          
Kat sini rusa2 serta merak2 di kayangan duk lepak2 sesama kiteorang. Boleh main2 sama, bagi makan. Close to nature gittew! Tengok kak Syaz bermanja2 ngan anak kambing comel, macam kak Syaz. Erkk..jangan marah kakk. :P
Kami bertiga setelah di paksa! Punye lame nego ngan abang tu sebeum terjun.

Menonton & memanah.

Ade gym! exercise jap!

Berjalan2 dan bersatai2 menikmati keindahan semesta. Hewhewhew

Snorkeling! First time ever. Semua pon tak tau berenang kecuali kak pika. And my google tetiba hilang dr atas kepala. Haiyyoo.. Pastu hero penyelamat kak pika jumpe kat celah2 batu. Ah epik betoi. Kalau tak jumpe melayang la RM80. omaigod!



Tempat untuk buat aktiviti snorkeling nidekat ngan bilik kitaorang je. Jalan2 2 3 langkah sampai. Air memang jernih. Kat pesisir pantai pon boleh nampak ikan. Tapi memandangkan kami ni terkedek2 baru belajar mengayuh kaki dan tangan, nampak sket2 je la. Pandai selam muka pon dah cukup bagus. Kalau nak tengok banyak sket ikan dan coral, korag kena selam sebalik batu. Tengah sket la, xjauh mane pon tapi maybe next time.Haha. Cuak. Asal kaki tak jejak dasar je, gelabah. :P

Untuk semua aktiviti ni, kami pergi tanye kat kaunter. Kalau tak tanya nanti terpinga2 tak tahu nak buat ape. Kaunter dia dekat ngan gym, kolam renang. Nanti dia bagitahu ape aktiviti korang boleh join. Masa kami pegi, ade jungle trekking, bagi makan ikan, memanah, jungle trekking, flying fox. Untuk 2D 1N, akiviti tu just enough for us.

Kat Pulau Sibu tengah ni, memang tak ramai orang. Sesuai sangat nak tenangkan fikiran, lari dari kesibukan orang ramai. Seronok. Masa tu ade la satu company buat family day. Lepas dorang check out pagi ahad tu, terus macam lengang je. Aku rasa kalau 3D 2N macam puas hati sket la.

Kalau plan nak datang sini, bawakla bekalan makanan sendiri sket. Makanan kat sini kompemla mahal giler. Ade 1 je resort kat sini dan memang takde la jual2 macam tepi2 pantai. Ape2 makanan boleh dapat kat restoran ngan ade 1 kedai souvenir je. SOuvenir pon mahal gak. Air fruit tree ~RM4 1 tin. mahal la bagi aku, kalau rasa murah beli la. hehe. Jadi, nak jimat bawak la snek2 sket2. Lagi plak pakej aku prepare breakfast sahaja. Nasi goreng ayam RM20 untuk dinner. Hurmm..lapar, tak kisahla.

Jumlah perbelanjaan termasuk duit minyak dan tol adela lebih kurang RM300 sorang. RM199 untuk pakej, minyak dan tol ~ RM60 (kete myvi), makan2 tengah jalan...hurm, lebih kurang la RM300 or lebih2 sket. Student2 punye percutian, mana boleh mahal2. Boleh tenang2kan fikiran, melihat alam..wah wah wah! 

Time to say bye bye Pulau Sibu! We'll goin to miss u and the memories here :)
P/s: Perghhh..akhirnya terpublish jugak entry ni. Rase berhutang plak selagi tak post. Haha. Sorry guys! Ili and Nurul. Hehe.