September 2013 - Dear Haxeera,

21 September 2013

Doa dengan yakin + usaha + tawakkal
Aku taw, doa aku dimakbulkan. Tapi bukan segedebuk aku dapat. Kalau aku mohon diberi kekuatan dan ketabahan hadapi ujian, Allah bagi aku masalah dan dari situ insyaAllah aku beroleh kekuatan. Jadi lepas tu aku lebih imun dengan dugaan-dugaan hidup. Gittew. Hehe


Jangan pernah berhenti berdoa dan terus berusaha. Semua datang dari Allah. Dia punya segalanya. Dalam berdoa, kita perlu ade ikhtiar. Kalau berdoa untuk berjaya, doakan juga diri kita rajin berusaha untuk menuju kejayaan tu. Jangan ingat mudah sangat nak berjaya. Tidur bangun tidur bangun, 2 tahun pastu berjaya. Siap thesis. Hamboi. Ingat macam cite Doraemon ke?

Usaha2 kita yang kita rasa pahit nak mati tu akhirnya bila sampai di puncak kejayaan akan jadi manis jugak. Cuba kalo segedebuk dapat. Mesti rase cam biase2 je. Rilexx je then berjaya. Seronok jugak la, tp sieronoknye dtg tang tu je. Lame2 manisnya hilang. Kita pon macam kurang menghargai ape yg kita dapat. Bukan begitu?

Ape2 pon. Nak berjaya kena ada doa + usaha + tawakkal. Takde 3 ni. Payah. Boleh. Tapi biarla kejayaan kiat tu ade keberkatannya dengan mengharap pada Maha Pencipta dan kembali padaNya.

P/s: aku kalo stress sume org perasan padahal aku macam biase je rasanya.hahaha. 4 5 org tegur. Yg xbiasa menegur pon tegur gak. Awat? Tak boleh ke aku masam sket? Huhu. Aku memang xpandai menipu..huhuhu

Pantai Permai. 210913. 0800

15 September 2013

Dear haxeera,
Dear Haxeera,

Kok ye pon nak aktifkan balik blog ni tak yah la sampai hari-hari nak post. :'(
Macam seronok plak nak post hari-hari. Macam tak sedar diri.
Padahal baru je setel hal2 registration master. Banyak plak masa kau nak blogging kan. Huhu

Ok la. Post seminggu skali ok la kan. Hehe. Macam banyak bende sebenanya nak nulis. tak tulis takut lupa. Haha. Takpe, yg sensored sket simpan masuk draft. Tak payah sharing kot. Orang pon rimas nengok banyak mengadu kat blog. Share ngan Allah, kalo nak tulis gak simpan kat draft. Hehe

Ni nasihat kat aku jela. Orang lain nak share gak aku takde hal. Suke jugak. Buat pengajaran diri. :)

*saje name letak haxeera, xnak masuk kat google search. kih3. (Macam ade org nak search ko). As precaution la kan. :)

Ahad. 150913. 1241.


13 September 2013

Speak GOOD or remain SILENT.

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Tidak istiqomah iman seseorang sebelum istiqomah hatinya, dan tidak akan istiqomah hatinya sebelum istiqomah lisannya"(HR Ahmad).

Mulut tu sumber dosa, sumber pahala jugak. Tapi kalau tak dikawal, banyaknya yang jadi penuh la buku tiga lima kat bahu belah kiri. Senget sebelah la bahu jawabnya. Astaghfirullahalazim.

Hidup hari-hati memang deal dengan banyak hati hati manusia lain. Memang la, nak jaga hati semua orang memang tak terjaga la. Semua bergantung niat. Kita niat nak cakap benda baik, kita yakin ape yang kita cakap tu memang untuk kebaikan dan tak melukakan hati orang. Cukup. Yang sselebihnya, berdoa pada Allah diampunkan dosa kita yang tak sengaja jadi, atas kelalaian kita.

Kalau ikotkan diri aku sendiri, aku memang type2 yang sensitif giler berkaitan mulut ni. Sangat taw! Aku tak boleh orang tinggi suara. Aku tak suka orang suka sentap2. Aku tak suka orang bangkang aku tak tentu pasal. Jadi sedaya upaya la aku tak buat kat orang apa yang aku tak suka orang buat kat aku. Sedaya upaya yang aku mampu la. Kalo takde bende baik aku nak cakap memang aku diam je. Selebihnya aku banyak bergurau2. Pum pang pum pang buang masa. huhu. Masalah gak tu. Ah. Erat silaturahim whattt.



Lagi, tak suka betul perkataan 'untungla' yg jadi trend muda mudi masa kini. Lagi kalo akula penerima 'untungla' tu. Contohnya, kadang aku nak share kegembiraan aku ngan kawan2. Beriya cerita. Seronok la konon. Tetiba respon kawan tu ape? 'Untungla'? Aku memang tak berapa paham la the exact meaning for this word. Tapi ape yang aku boleh define ia macam puji dalam perli dengan nada jeles. Like what the hell to get jealous here? Terus rasa takde mood. AKu takdde masalah kalo nak pakai word tu, kalau tu buat kau rase trendy plus cool sangat. Mungkin kadang sebut tu saja2 je. Takde maksud pon. tapi tengok tempatla kan. Kadang ia bermaksud jugak.

Aku tahu dalam aku tak sedar ramai jugak yang sakit hati ngan aku. Aku mintak maaf pasal tu. Tak sengaja. Tapi kadang ade jugak yang sengaja. Sebab dorang mula dulu. Hahahaaha. Sorry for that. Aku memang tak terkawal sket.

Apa-apa pon berhati-hatilah dengan pilihan perkataan yang nak kuar dari mulut tu. Kadang sepatah je yang keluar, tapi melekat lama je kat hati. Pedihh je. Huhu.

Semoga kita dilindungi dari perbuatan yang mendatangkan dosa atau mengurangkan pahala. Rugi taw. Pahala dah tak seberapa, bagi kat orang pulak (mengumpat) pastu dosa bertambah2. Penting jaga hubungan kita dengan Allah, tapi jangan lupa hidup kita sesama makhluk atas dunia ni. Itu pon termasuk dalam amalan yang tertulis dalam buku catatan malaikat kiri kanan.

Pantai Permai. 130913. Jumaat. 2159.

09 September 2013

Hai hai.

Assalamualaikum.

Hai. Ehem ehem.
Serius, aku rindu giler nak menulis kat sini. Tak de kesempatan plak nak menulis. Plus, aku memang kurang berkebolehan nak mengekspresi perasaan dengan tulisan. Gittew. Blog ni pon memang agak lama giler terbiar. Dekat 6 bulan aku privatekan. Sebab memang tak sempat nak pedulikan, jadi ade bagusnye jugak aku privatekan sekejap.

Sengaja buat private. Skang publickan balik. Tapi...sebelum tekan public, click all post then revert to draft then public. Ade la satu dua tak masuk draft. Sengaja. Sengaja nak reset semua. Bosan dengan cerita dulu. Saja nak bukak cerita baru. Dengan harapan cerita baru pasni 'matang' la sikit. Tak banyak sikit pon jadila.

Aku dah nak menganjak 25 tahun. Takleh nak duk di takuk lama ( cewwahh..takuk tu...). Blog mestila macam umur 25 tahun. Ala2 hijabista. Kah3. Perlu sangattt. Cerita2 lama simpan dalam draft. Kalau rindu bleh tgk balik. Tengok balik lembaran-lembaran yg tak berapa la senonohnye. Tak senonoh tapi comel je rasa.haahaa. Payah perasaan camni. Pui.

Ah. Semua apa yg aku lalu dalam hidup aku ni aku hargai. Pahit ke manis ke, aku telan je. Semua tu membentuk aku skang. Terima kasih memori :-).

Tapi, hidup kita takleh nak terus hidup ngan masa lalu je. Kena maju ke depan. Kan?

Pantai permai. 080913. Isnin. 2353.