2013 - Dear Haxeera,

30 December 2013

Bye bye 2013

Sighhh~~~

2013 is goin to end in one and half day.

Time is running very fast.

Seriously running? Haha. Think again. Its like time moving in the speed el-nino.

29 December 2013

December 2013
December review;

1. Birthday iolls la.

Haha. Birthday aku takde hape yg special melainkan aku dah men-tua sebanyak setahun. Duk umah, masak nasi ayam untuk pertama kali. hewhewhew. Lain2, birthday wishes from FB, msj and phone call. Budak2 lab aku siot je, padahal taw je birthday aku. Pagi2 dah mesej2, tak wish pong. dah ptg dekat magrib - Ziera, bday kau eh hari ni?, hepy beday! haaha. Kak Nana lagi la - akak ingat je semalam 1 Dis, beday ziera malas plak nak taip mesej. Madi- eh semalam beday kau eh mek?! Arghhh.. nasib la kawan camni. Hahaha. Tapi nan hado la aku kisah sangat nak sentap2 org tak wish beday. Yang aku kisahkan, arghh aku dah tua, then review balik, ape ntah pencapaian 2013 aku *angkat2 kening*. Tapi for sure aku hargai semua wish dan doa kawan2. Tengkiu!!

Nasi ayam atas tunjuk ajar ain. Haha. Menjadi jugak la :P
Kak Nana dengan mug yang memberi motivasi. Gitttew

 2. Taiping/Ipoh, Perak (7 Dis 2013)

Gerak ke Taiping, kul 9 gerak, kul 2 baru sampai. Pheww. Kesian Fatin, dia ingat KL-Taiping tu 2 jam je. Hahaha. Pastu gi umah Kak Hajar di Ipoh. Makan durian. Jadi aku penonton je la.

Kenduri kawin Ragib with Kak Hajar, Kak Nana, Shahino, Faisal, Fatin
3. Parents datang KL

Akak aku ngajak parents datang KL. Saje, sejak akak aku kawin ma ngan abah tak penah datang tengok umah dorang. Even aku pon tapenah pegi. hewhew. Kacau org honeymoon la. Boleh makan masakan mak, lepaaskan rindu uolss. Tengok muka ma abah. Terubat rindu. Ikotkan aku balik kelantan lambat lagi la. Raya Cina tahun depan. HuhU T_T


Kesayangan saya!
4. Berjimba ngan Hatika

Sebelum wanita ini di cop orang secara sah, elok la aku menggunakan kesempatan ni. Lepas ni kompem susah. Keluar hari Jumaat. hehe. aku pagi pegi je lab. Tetiba rasa tak sedap badan dan diikuti tak sedap hati dengan pelbagai cubaan.hoho. Tak sedap badan aku boleh balik rehat2 kat umah, tapi tak sedap hati....mane boleh duk saje2 tanpa xtvt. hehehe. Terus msj mek tu, dia pon tak pi lab. Terus ajak kuar tang tu gak. Hhaha. Nasib baik tika ni nak je layan aku. :P

Aku makin tinggi kan. compare ngan tika, memang laaa.. hahaaha

 dapat wallet baru, skirt baru. Pehh, sedap sikit hati. ngahahhaa
Lain2 event tak ingat la. Ade lagi ke? lebih2 nya aku duk lab buat keje. Buat keje sangat!

Hurm, 2 hari lagi ke 2014. Tarik nafasssssssssss... Serius aku nebes la nak masuk 2014.

23 November 2013

Pulau Sibu - Oktober 2013

Assalamualaikum.

Nak update. Nak update. Hahaha. Lama dah nak update, tak nyempat. Busy la kekonon kaahaann...Dari tadi nak update,nak update, bende ntah. Ni kisah yang berteaser bagai tuh. Kena update skang, lepas sebulan kompem lupe dah. hehe.

Kami plan nak ke Pulau Sibu ni dah agak lama sebelum the actual date kami berangkat (5 Oktober 2013). Ade la dalam 2 bulan lebih dah beli tiket kat Groupon tu. Ahha, FYI kami amek pakej kat Groupon. Ikotkan dalam hati tak terfikir pon nak pi Pulau Sibu ni. Kewujudannya pon memang aku tak berapa sedar. Tapi memandangkan kami nak sangat2 pergi bercuti kat Pulau, so I present to you........jeng jeng jeng!


Pulau Sibu, Mersing, Johor.

Ah. Cari-cari gambar takde pulak gambar pulau ni je tanpa kami. Hahaa. Ini je yang ade. Boleh la boleh laa.. Cantik tak?? Ni tak edit pon.

Groupon ticket

Nilai voucer ni yang sebenar RM630.00 tapi yang ni ade diskaun so bayar RM398.00 untuk 2 orang. Cover bilik 2D1N, breakfast, snorkelling dan return ferry transfer. Murah la kot rasanya, return ferry transfer harga biasa RM70 per person.

Bila sebut Pulau Sibu je, mostly orang ingat kami nak pi Sarawak. Salah ye, salah. Bagi peta sket...

Kami bertolak 4 Oct (Jumaat) malamnya, kul 2 pagi bertolak. 1 kete gerak dari KL. Aku, Ain, Fatin & Kak Hajar. Lagi 1 kete gerak dari Senawang (Kak Nana, Kak Piqah, Kak Ema & Kak Syaz). Kete lagi satu ni kawan2 kakNana sume. Tak penah kenal pon. Tapi no problem punye, kami semua peramah.heeee. Kami gerak dr KL-Seremban-Air Hitam-Kluang-Mersing-Tanjung Leman. Kat Mersing tu kalau dah nampak ade signboard Tanjung Leman, amek Tanjung Leman je, lupakan Mersing. Masa perjalanan lebih kurang 6 jam lebih termasuk berenti solat and breakfast.

Jalan ke sana memang kena lalu felda yang sangat amat panjang bagi aku. Even aku bukan drebar tapi rasa sangat la lamanya. Menanti sinar harapan tu kuar dari felda T__T. Kuar kawasan felda terus nampak ade kedai makan, isi perut jap. Roti canai pon sodap.nyum nyum. Lepas tu terus lagi perjalanan lebih kurang 15KM (kalau tak salah), pastu dr jalan besar nak masuk ke Jeti tanjung leman 28KM. Kami sampai sana dalam kul 9.30 pagi. Feri ke Pulau Sibu Tengah ni 2 kali je sehari. 11.30 pagi dan 4.00 ptg. Pilihla. Kami amek kul 11.30 pagi, sebab tu kena bertolak awal pagi. 2D1N je kot.


Parking kat Jeti ni selamat, jangan risau. Ade guard, dalam kawasan berpagar. Parking RM4 sehari. Sini ade KFC kalau lapar lagi. heee.
depan jeti
aku lompat paling tinggi, nak tunjuk aku la paling ringan..walaponnnn...hahahaa
We'olls without Kak Syaz
Kul 11.30 pagi naik feri ke Pulau Sibu Tengah. Perjalanan lebih kurang 20-25 min. Feri dia biasa2 jela. Boleh la nak sampai pulau tu. Hehe. Tak kisah sangat la, asal sampai sudehh.


Sampai!!
Kami sampai sana dalam pukul 12 tengah hari. Sampai sana kami disambut dengan lagu 'Selamat datang ke Pulau Sibu". Tu kot tajuk lagu dia.hehe. Memula gi check in dulu la. 

Ini bilik kami & view dari bilik. Boleah tengok laut dari bilik hockeyy!! Bayar murah, boleh view laut. Puas hati ye :). Kami amek bilik deluxe. 8 orang, jadi 4 bilik. Sume sebelah2. Boleh hai2 dengan rakan2
Aku agak berpuas hati dengan bilik. Yela, berapa sangat aku bayar for 2D 1N. Bilik lengkap dengan aircond, tv, telefon, water heater, view pantai. Jadi, OK! Kami bayar RM199 per person untuk pakej return ferry, breakfast,snorkeling n resort. Berbaloi2 rasanya.

Ini pon view dekat dengan bilik jugak!
                          
Kat sini rusa2 serta merak2 di kayangan duk lepak2 sesama kiteorang. Boleh main2 sama, bagi makan. Close to nature gittew! Tengok kak Syaz bermanja2 ngan anak kambing comel, macam kak Syaz. Erkk..jangan marah kakk. :P
Kami bertiga setelah di paksa! Punye lame nego ngan abang tu sebeum terjun.

Menonton & memanah.

Ade gym! exercise jap!

Berjalan2 dan bersatai2 menikmati keindahan semesta. Hewhewhew

Snorkeling! First time ever. Semua pon tak tau berenang kecuali kak pika. And my google tetiba hilang dr atas kepala. Haiyyoo.. Pastu hero penyelamat kak pika jumpe kat celah2 batu. Ah epik betoi. Kalau tak jumpe melayang la RM80. omaigod!



Tempat untuk buat aktiviti snorkeling nidekat ngan bilik kitaorang je. Jalan2 2 3 langkah sampai. Air memang jernih. Kat pesisir pantai pon boleh nampak ikan. Tapi memandangkan kami ni terkedek2 baru belajar mengayuh kaki dan tangan, nampak sket2 je la. Pandai selam muka pon dah cukup bagus. Kalau nak tengok banyak sket ikan dan coral, korag kena selam sebalik batu. Tengah sket la, xjauh mane pon tapi maybe next time.Haha. Cuak. Asal kaki tak jejak dasar je, gelabah. :P

Untuk semua aktiviti ni, kami pergi tanye kat kaunter. Kalau tak tanya nanti terpinga2 tak tahu nak buat ape. Kaunter dia dekat ngan gym, kolam renang. Nanti dia bagitahu ape aktiviti korang boleh join. Masa kami pegi, ade jungle trekking, bagi makan ikan, memanah, jungle trekking, flying fox. Untuk 2D 1N, akiviti tu just enough for us.

Kat Pulau Sibu tengah ni, memang tak ramai orang. Sesuai sangat nak tenangkan fikiran, lari dari kesibukan orang ramai. Seronok. Masa tu ade la satu company buat family day. Lepas dorang check out pagi ahad tu, terus macam lengang je. Aku rasa kalau 3D 2N macam puas hati sket la.

Kalau plan nak datang sini, bawakla bekalan makanan sendiri sket. Makanan kat sini kompemla mahal giler. Ade 1 je resort kat sini dan memang takde la jual2 macam tepi2 pantai. Ape2 makanan boleh dapat kat restoran ngan ade 1 kedai souvenir je. SOuvenir pon mahal gak. Air fruit tree ~RM4 1 tin. mahal la bagi aku, kalau rasa murah beli la. hehe. Jadi, nak jimat bawak la snek2 sket2. Lagi plak pakej aku prepare breakfast sahaja. Nasi goreng ayam RM20 untuk dinner. Hurmm..lapar, tak kisahla.

Jumlah perbelanjaan termasuk duit minyak dan tol adela lebih kurang RM300 sorang. RM199 untuk pakej, minyak dan tol ~ RM60 (kete myvi), makan2 tengah jalan...hurm, lebih kurang la RM300 or lebih2 sket. Student2 punye percutian, mana boleh mahal2. Boleh tenang2kan fikiran, melihat alam..wah wah wah! 

Time to say bye bye Pulau Sibu! We'll goin to miss u and the memories here :)
P/s: Perghhh..akhirnya terpublish jugak entry ni. Rase berhutang plak selagi tak post. Haha. Sorry guys! Ili and Nurul. Hehe.








13 October 2013

Teaser: Pulau Sibu
Assalamualaikum. :)

Hahaha. Nak ber'teaser' bagai. Padahal malas nak post. Teaser dulu, pasni ingat baru buat full post ;P


oh, gambar kak Nana takde plak. Upload lagi satu.Hehe
OK. Complete 1 geng.

Cite penuh nanti update. Internet slow. Malas betul nak tunggu.

Conclusion. Wa rase syok giler gi Pulau Sibu.

Pasir Mas. 121013. 2309.

21 September 2013

Doa dengan yakin + usaha + tawakkal
Aku taw, doa aku dimakbulkan. Tapi bukan segedebuk aku dapat. Kalau aku mohon diberi kekuatan dan ketabahan hadapi ujian, Allah bagi aku masalah dan dari situ insyaAllah aku beroleh kekuatan. Jadi lepas tu aku lebih imun dengan dugaan-dugaan hidup. Gittew. Hehe


Jangan pernah berhenti berdoa dan terus berusaha. Semua datang dari Allah. Dia punya segalanya. Dalam berdoa, kita perlu ade ikhtiar. Kalau berdoa untuk berjaya, doakan juga diri kita rajin berusaha untuk menuju kejayaan tu. Jangan ingat mudah sangat nak berjaya. Tidur bangun tidur bangun, 2 tahun pastu berjaya. Siap thesis. Hamboi. Ingat macam cite Doraemon ke?

Usaha2 kita yang kita rasa pahit nak mati tu akhirnya bila sampai di puncak kejayaan akan jadi manis jugak. Cuba kalo segedebuk dapat. Mesti rase cam biase2 je. Rilexx je then berjaya. Seronok jugak la, tp sieronoknye dtg tang tu je. Lame2 manisnya hilang. Kita pon macam kurang menghargai ape yg kita dapat. Bukan begitu?

Ape2 pon. Nak berjaya kena ada doa + usaha + tawakkal. Takde 3 ni. Payah. Boleh. Tapi biarla kejayaan kiat tu ade keberkatannya dengan mengharap pada Maha Pencipta dan kembali padaNya.

P/s: aku kalo stress sume org perasan padahal aku macam biase je rasanya.hahaha. 4 5 org tegur. Yg xbiasa menegur pon tegur gak. Awat? Tak boleh ke aku masam sket? Huhu. Aku memang xpandai menipu..huhuhu

Pantai Permai. 210913. 0800

15 September 2013

Dear haxeera,
Dear Haxeera,

Kok ye pon nak aktifkan balik blog ni tak yah la sampai hari-hari nak post. :'(
Macam seronok plak nak post hari-hari. Macam tak sedar diri.
Padahal baru je setel hal2 registration master. Banyak plak masa kau nak blogging kan. Huhu

Ok la. Post seminggu skali ok la kan. Hehe. Macam banyak bende sebenanya nak nulis. tak tulis takut lupa. Haha. Takpe, yg sensored sket simpan masuk draft. Tak payah sharing kot. Orang pon rimas nengok banyak mengadu kat blog. Share ngan Allah, kalo nak tulis gak simpan kat draft. Hehe

Ni nasihat kat aku jela. Orang lain nak share gak aku takde hal. Suke jugak. Buat pengajaran diri. :)

*saje name letak haxeera, xnak masuk kat google search. kih3. (Macam ade org nak search ko). As precaution la kan. :)

Ahad. 150913. 1241.


13 September 2013

Speak GOOD or remain SILENT.

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Tidak istiqomah iman seseorang sebelum istiqomah hatinya, dan tidak akan istiqomah hatinya sebelum istiqomah lisannya"(HR Ahmad).

Mulut tu sumber dosa, sumber pahala jugak. Tapi kalau tak dikawal, banyaknya yang jadi penuh la buku tiga lima kat bahu belah kiri. Senget sebelah la bahu jawabnya. Astaghfirullahalazim.

Hidup hari-hati memang deal dengan banyak hati hati manusia lain. Memang la, nak jaga hati semua orang memang tak terjaga la. Semua bergantung niat. Kita niat nak cakap benda baik, kita yakin ape yang kita cakap tu memang untuk kebaikan dan tak melukakan hati orang. Cukup. Yang sselebihnya, berdoa pada Allah diampunkan dosa kita yang tak sengaja jadi, atas kelalaian kita.

Kalau ikotkan diri aku sendiri, aku memang type2 yang sensitif giler berkaitan mulut ni. Sangat taw! Aku tak boleh orang tinggi suara. Aku tak suka orang suka sentap2. Aku tak suka orang bangkang aku tak tentu pasal. Jadi sedaya upaya la aku tak buat kat orang apa yang aku tak suka orang buat kat aku. Sedaya upaya yang aku mampu la. Kalo takde bende baik aku nak cakap memang aku diam je. Selebihnya aku banyak bergurau2. Pum pang pum pang buang masa. huhu. Masalah gak tu. Ah. Erat silaturahim whattt.



Lagi, tak suka betul perkataan 'untungla' yg jadi trend muda mudi masa kini. Lagi kalo akula penerima 'untungla' tu. Contohnya, kadang aku nak share kegembiraan aku ngan kawan2. Beriya cerita. Seronok la konon. Tetiba respon kawan tu ape? 'Untungla'? Aku memang tak berapa paham la the exact meaning for this word. Tapi ape yang aku boleh define ia macam puji dalam perli dengan nada jeles. Like what the hell to get jealous here? Terus rasa takde mood. AKu takdde masalah kalo nak pakai word tu, kalau tu buat kau rase trendy plus cool sangat. Mungkin kadang sebut tu saja2 je. Takde maksud pon. tapi tengok tempatla kan. Kadang ia bermaksud jugak.

Aku tahu dalam aku tak sedar ramai jugak yang sakit hati ngan aku. Aku mintak maaf pasal tu. Tak sengaja. Tapi kadang ade jugak yang sengaja. Sebab dorang mula dulu. Hahahaaha. Sorry for that. Aku memang tak terkawal sket.

Apa-apa pon berhati-hatilah dengan pilihan perkataan yang nak kuar dari mulut tu. Kadang sepatah je yang keluar, tapi melekat lama je kat hati. Pedihh je. Huhu.

Semoga kita dilindungi dari perbuatan yang mendatangkan dosa atau mengurangkan pahala. Rugi taw. Pahala dah tak seberapa, bagi kat orang pulak (mengumpat) pastu dosa bertambah2. Penting jaga hubungan kita dengan Allah, tapi jangan lupa hidup kita sesama makhluk atas dunia ni. Itu pon termasuk dalam amalan yang tertulis dalam buku catatan malaikat kiri kanan.

Pantai Permai. 130913. Jumaat. 2159.

09 September 2013

Hai hai.

Assalamualaikum.

Hai. Ehem ehem.
Serius, aku rindu giler nak menulis kat sini. Tak de kesempatan plak nak menulis. Plus, aku memang kurang berkebolehan nak mengekspresi perasaan dengan tulisan. Gittew. Blog ni pon memang agak lama giler terbiar. Dekat 6 bulan aku privatekan. Sebab memang tak sempat nak pedulikan, jadi ade bagusnye jugak aku privatekan sekejap.

Sengaja buat private. Skang publickan balik. Tapi...sebelum tekan public, click all post then revert to draft then public. Ade la satu dua tak masuk draft. Sengaja. Sengaja nak reset semua. Bosan dengan cerita dulu. Saja nak bukak cerita baru. Dengan harapan cerita baru pasni 'matang' la sikit. Tak banyak sikit pon jadila.

Aku dah nak menganjak 25 tahun. Takleh nak duk di takuk lama ( cewwahh..takuk tu...). Blog mestila macam umur 25 tahun. Ala2 hijabista. Kah3. Perlu sangattt. Cerita2 lama simpan dalam draft. Kalau rindu bleh tgk balik. Tengok balik lembaran-lembaran yg tak berapa la senonohnye. Tak senonoh tapi comel je rasa.haahaa. Payah perasaan camni. Pui.

Ah. Semua apa yg aku lalu dalam hidup aku ni aku hargai. Pahit ke manis ke, aku telan je. Semua tu membentuk aku skang. Terima kasih memori :-).

Tapi, hidup kita takleh nak terus hidup ngan masa lalu je. Kena maju ke depan. Kan?

Pantai permai. 080913. Isnin. 2353.